Ladies coach yang sangat membantu golongannya .....
Anda pernah naik komuter? Mesti pernah kan? Busuk-busuk dua tiga kali mesti pernah ngulang-ngalik naik kereta lipan ni.....
Pernah naik dan duduk dalam ladies coach tak, bagi kaum hawa? Kalo pernah makna korang reti ambil pengetahuan terbaru perkhidmatan komuter di tanah air tercinta ini. Koc yang dikhaskan untuk perempuan ini sangat disyukuri oleh wanita-wanita. Kerana tanpa rasa bersalah mereka boleh meludah lelaki yang masuk ladies coach, samada lelaki itu tersalah masuk atau lelaki itu seorang stalker terlampau.....
Ye boleh meludah yang dimulakan kata-kata seperti... "Tak nampak ke sticker ni encik, pui...?" dengan raut muka comel. Biasa larh pumpuan bila penghabisan aktiviti adalah membuat muka comel. Maaf semua kerana meludah tak dibenarkan dalam gerabak jadi aku sebenarnya menipu korang...hahaha
Apepun jika kamu pempuan, duduk larh dalam coach yang dikhaskan tu diam-diam, menggedik ape nak masuk coach lain?? Aku memerhatikan beberapa jenis perempuan yang akan masuk coach lain sewenang-wenangnya bila tren omuter tiba di stesen, iaitu ;
-jenis jalan-jalan dengan kawan-kawan lelaki.
Dah tahu ada tempat dikhaskan duduk saja larh dalam ladies coach. Banyak lagi ruang di dalamnya pun. Agaknya takut ditinggalkan atau terpisah sementara daripada kawan maka dia dengan rela hati menumpang di coach yang tak dikhaskan untuknya.Mungkin juga ada flavour manis di coach tersebut buatkannya tak mahu tinggalkan coach.
-jenis sayang couple ketat-ketat (cilake ape ketat-ketat tak tahu, ini slang orang bercinta)
Ini jenis bila keluar bercinta jalan-jalan pegang tangan tak pernah rasa nak lepas. Waima berlari dikejar anjing garang sekalipun sanggup memegang tangan. Ape kau ingat tangan tu baton mase lumba lari ke.......
Sayang sangat kekasih hati maka keluarlah ayat "u, i tak boleh duk dalam ladies coach, dan i tak sanggup berpisah nafas dengan u. Ape kata u dan i duk satu gerabak, i janji jaga u ketat-ketat orang lain takkan sentuh u,".(makna si i tu saja yang boleh sentuh-sentuh.nampak tak permainan dia kat situ...hahaha). Maka sama-sama larh memenuhi dan menyeliti dalam satu gerabak.
-dan lain-lain jenis
Ini kat kl sentral. Belum cukup ramai untuk jadi sesak.
Yang pasti aku cukup tak suka bilamana berada di dalam gerabak komuter masa peak hour. Sumpah laknat aku tak suka. Dengan orang yang penuh sebab baru balik kerja, berhimpit-himpit, bau badan bangla yang reti naik komuter tak reti pakai deodorant sebelum berjalan-jalan jumpa rakan, sukar sangat bernafas sebab berebut oksigen yang dah memang kurang dalam tu.........
Kl Sentral tahu? Macam baby itu tempat bila waktu puncak kan? Mereka yang perit pastinya yang nak turun dua tiga stesen selepas kl sentral. Tengok route di bawah...

Nah kau...Berdiri kat tempat paling dalam. Tiba masa nak keluar dari gerabak, terpaksa tolak-tolak yang di depan pasal nak keluar. Dah sampai pintu kena tunggu pulak makhluk berperangai pentingkan diri yang tahu adab masuk sahaja tanpa belajar ape itu adab bagi orang keluar dahulu......
Bagi mereka yang destinasi masih lagi jauh, Padang Jawa contohnya...dapat larh merasa berdiri selama sejam sama seperti ketika di perhimpunan sekolah. Kool kan berdiri dengan khalayak ramai tapi tak mengelap peluh du dahi? Kepala bana betul...nak pegang tiang pun payah macamne nak layan peluh yang mendesak hati mengesatnya...
aku bukan apa, aku kasihan, sedih, sendu, semak tengok korang menyibuk kat couch lain...kalau yang berkapel sayang ketat2 xper, takot korang sendiri yang terkena ngn mamat-mamat bangla yang memang berjauhan dengan isteri tercinta di bumi asing bagi diorg nie...
sekian...
Labels: ktm, Ladies coach, Sesak
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home