Wednesday, February 15, 2012

Boldozer yang power!!

               



                    Semua orang pasti ada pengalaman suka-duka sepanjang kehidupan yang dilalui. Begitu juga dengan saya. Di sini saya ingin bercerita mengenai peristiwa yang berlaku baru-baru ini di kawasan kejiranan saya. Ia mengenai batu belah batu bertangkup yang secara magiknya terbuka dan menelan beberapa jiran saya yang SUKA TINGGALKAN SOLAT........!!!

                     Acah je.... sebenarnya ia mengenai bloza (boldozer) atau sering juga dipanggil keh (excavator) oleh masyarakat desa majmuk Malaysia. Kehebatannya bermula begini......

                                      vroooommmm........... vvvrrrroooooommm!!!




                    Pagi itu, saya sedang bersiap-siap di dalam rumah untuk keluar mengambil asignment yang sudah siap dijilidkan di sebuah cyber cafe sekitar shah alam. Bagi menyedapkan perjalanan saya menghidupkan motor dahulu bagi merunning enjinnya beberapa minit sebelum memulakan penunggangan yang lebih efisien.

                  Ketika motor yang saya tunggang cuba meninggalkan pintu pagar rumah sewa, saya terdengar bunyi bloza yang datang dari arah kiri. Saya syak ia tersilap jalan dan akan pusing balik ke jalan besar kerana rumah saya itu adalah jalan mati. Apekejadah bloza datang kat taman perumahan sementelah projek perumahan dah lama disiapkan. Kalau sekalipun mahu korek tanah nak buat batas (di sini ada tanah sekangkang kera), tak mungkin acah-acah nak pakai bloza yang besar itu. :)

                  Yang bawak bloza tersebut ada rupa warganegara asing iaitu bangladesh ataupun nepal, dan kelindannya pun sama. Saya tak mengesyaki akan terjadi sebuah peristiwa yang meranapkan hati jiran setempat setelah saya blah meneruskan perjalanan yang murni iaitu mahu mengambil dan menghantar kerja saya.

                  Usai membereskan hal yang perlu dilaksanakan saya terus pulang ke rumah. Tiba-tiba ketika saya enak membaca seorang kawan memberitahu terdapat sebuah bloza tersadai di depan rumah jiran. Saya bergegas keluar rumah dan melihat beberapa orang lelaki berdiri di depan rumah tersebut. Saya kasihan melihat mereka berdiri di tengah panas di waktu tengahari macam orang tak ada otak.


                 Memandangkan cuaca panas terik saya berteduh di bawah sebatang pokok sambil melihat kesan apa yang terjadi. Amboi angin pula sepoi-sepoi bahasa, nyaman juga sekejap badan ini.



                 Pagar rumah ranap dan tembok penghadang antara rumah dengan rumah sebelah telah pecah separuh. Bumbung hadapan untuk parkir dalam kawasan rumah juga ranap. Dengar cerita bloza itu cuba panjat bukit yang ada tangki air namun ia tergelongsor ke bawah. Dek kerana gelabah, brek tak makan, bloza itu pasrah menghentam apa yang ada di laluannya. Dua buah kereta yang diparkir berdekatan telah MENDAPAT.... Sebuah perodua kancil TOTAL LOST dan sebuah nissan grand livina mendapat kecelakaan. Setelah merempuh kedua-duanya, bloza itu telah berkurang momentumnya jadi ketika menuju ke rumah jiran ia makin perlahan sebelum merempuh pagar dan tempok rumah.


                  Kedua-dua pemandu dan kelindan bloza telah menghilangkan diri setelah kejadian berlaku. Tiada kehilangan jiwa dilaporkan namun hilang akal dikhuatiri berlaku oleh pemilik rumah setelah melihat rumahnya sedemikian rupa diperlakukan oleh orang yang tidak dikenali.

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home