Tuesday, June 21, 2011

KISAH KURA-KURA YANG MAHAL



Aku agak lewat nak pergi kerja itu hari. Nasib baik trafik tak jem sangat. Jadi boleh lah aku sampai pada waktunya tanpa rushing . Aku cuba menjadi manusia optimis dengan berfikiran sebegitu. Tak mahu stress sangat takut dapat penyakit darah tinggi. Sangat tak sesuai menempah darah tinggi dikala usia yang masih muda belia ini.





Berbekalkan kepercayaan tersebut aku memandu secara tenang. Sambil-sambil layan radio omputih. Bila hampir sampai ke destinasi, tiba-tiba ada sebijik kereta yang boleh tahan mahal dia masuk lorong kiri, lorong aku dan aku membuntutinya. Boleh tahan kereta depan aku tu, boleh tahan lembap dia. Mesti dia ikut halaju kura-kura. Babi nak mampos pemanduannya. Nak makan angin janganlah tengah bandar. Pergi tepi pantai ke lagi betul caranya kalau memandu macamtu.






Dah hangin, aku bagi signal tanda nak tukar lorong kanan sebab kereta belah kanan xbanyak jadi aku boleh pandu ikut laju aku. Masa aku dah tekan minyak lebih dan amik sikit ke kanan , tiba-tiba kereta mahal tu tanpa mengucapkan sepatah dua signal selamba tukar lorong kanan. ’Signal mana lahanat!!,’ marah betul aku, marah yang tak keluar. marah dalam ati. Dah masuk kanan dia bawak lagi ikut halaju kura-kura. Perghh ley stress aku macam gini. Takut kat tempat kerja nanti aku jadik rimau plak kesan daripada stress melampau.



Hangin aku bertambah naik. Langgar lari kang sia-sia je idup dia. Nasib baik depan sikit aku kena masuk simpang ke kanan jadi tak perlu lah follow kereta mahal tersebut. Signal aku bagi. Kereta depan maintain perlahan. Dah nak ujung simpang kanan tu baru dia nak bagi signal tanda nak masuk simpang. Aduh.apebenda bawak kereta mengada-ngada macamni. Sabar aku dah hilang sama sekali menghadap ‘ketelitian’nya bawak kereta. Cun-cun nampak celah aku tekan minyak, terus potong kereta dia. Penat melayan sikap kura-kura tersebut kalau asyik follow sahaja.



Aku potong tadi nak bagi dia reti sikit cara-cara bawak kereta mengikut sesuatu kawasan. Pantai jauh ke depan lagi kalau dia nak bawak kereta main-main, relaks-relaks. Aku syak kereta dia sorang sahaja yang jenis bila nak tekan apa-apa button maka kereta jadi makan minyak. Tak kisahlah masa nak bagi signal ke, bukak power window ke, wiper depan belakang, hatta nak bukak bonet pun makan minyak. Mungkin tu sebab dia malas nak tarik signal. Cilake ape kalau aku ada kereta mahal macamtu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home