Friday, February 17, 2012

Dan Akhirnya.... (Penghabisan)

Kalau diikutkan, pengakhiran ini sepatutnya menerbitkan perasaan yang kuat dari segi apa-apa perasaan pun. Contohnya gembira ataupun kecewa.....

Tapi aku memilih untuk tidak memilih apa-apa bentuk perasaan pun. Bukan penting pun. Ia cuma perasaan sahaja. Sebab aku tak fikir aku memiliki kepentingan lagi untuk mengisytiharkan penghabisan tersebut.

Aku terlewat untuknya. Sangat ketinggalan sedang masa jenuh tunggu aku bersama-sama pada waktu itu. Dan lagi, perasaan kepadanya telah pudar, kusam selari dengan masa berjalan ke depan. Kalau ikut logik aku tak patut buat bodoh begitu saja (ayat iras-iras gardenia) sedang dialah perkara yang terpenting kat aku pada masa tu. Aku tak treat dia sebagai yang pertama dalam hidup. Idiot. Pada aku pentingnya dia melebihi kawan-kawan dan melebihi diri sendiri dia punya penting tahu. Well said yang maha esa lagi penting daripada semua larh kan.


Masa berlalu dengan senang, aku tak hiraukan dia, aku tak ambil tahu tentang dia, jauh sekali menjenguk. Teruk dah aku. Aku dan dia cuma dalam kepala otak yang kadangkala agak berkarat nak ingat dia balik, nak keluarkan dia balik ntuk diingati pada masa lapang.


Masa asyik mendesak aku. Cuba bagi aku pilihan jawapan bagus atau teruk. Aku gagahi berjumpa dengannya, menatapnya dengan hati yang kosong. Aku cuba selesaikan masalah antara kami, yang dah lama terperuk dek sikap aku yang tak betul kepadanya. Kami semakin baik. Masing-masing memberi kerjasama untuk kepentingan bersama. Kami mendaki dari satu level ke level seterusnya hinggalah kami berjaya menempuh dugaan dengan cemerlang. Mencapai kata putus telah dialami. Dah boleh mencetak apa yang sepatutnya dicetak....  Dah boleh sangat dah. Tapi aku..... tetap tak ada perasaan pada penghabisan untuk yang ini. Tak ada langsung.

P/S: maaf tak ada point langsung untuk berkelakar kali ni.

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home