#pasal bulan bintang
ini tahun dua ribu doblas. tahun lepas adalah tahun yang mana duit syiling lima sen, sepuluh sen, doploh sen dan limaploh sen ditukar design baru. setelah dikeluarkan oleh bank negara malaysia design tersebut pantas menjadi bualan rakyat terutama di capaian internet apabila timbul isu duit syiling baru mempunyai ciri-ciri freemason (caci-maki lebih banyak diutarakan daripada menghujah fakta sebenarnya).
design bulan dan bintang yang saban waktu menjadi lambang duit syiling negara malaysia telah ditukar ganti. ada pendapat menyatakan bulan dan bintang melambangkan negara islam dan telah diguna pakai lambang tersebut sejak zaman kerajaan ottoman. sementara design baru pada syiling sepuluh sen dikatakan ada unsur 'star of david' yang telah diguna pakai oleh sebuah negara bernama israel pada bendera negara itu.
id.wikipedia.org
ya apabila sebut israel maka kita, orang melayu akan ada satu alahan, satu ketakutan untuk disamakan dengan nama israel. rakyat tidak takut pada 'star of david' tapi pada perkara yang berkaitan menyerupai kaum yahudi terbabit. takut bersekutu. tapi celah mana freemason dia kawan-kawan? tengok dan tilik sekejap imej di bawah.

ada pendapat yang menyatakan bahawa what you see is what you see iaitu bermaksud apa yang kau lihat, maka itulah dia. senang bukan? contoh kalau kau tengok seekor harimau tu seperti kucing, jadi ia adalah kucing. tapi jangan la bengap tahap macam tu, berfikirlah guna akal. nilaikan dahulu, telitikan dahulu. jangan main main redah kasi pecah sahaja.
snowflake. ada yang kata design tu seakan snowflake bukan star of david. ini pendapat. debat yang ini aku suka. tapi bila dah melibatkan politik, yang ini menegakkan kerajaan yang itu pula meluruskan pembangkang maka ia sedikit demi sedikit menjadi khinzir. caci + maki adalah permainannya. dan terus lari dari perbincangan ilmiahnya. kan dah tak best tu.
dah nampak? atau tak nampak-nampak lagi? atau memang anda rasa tak ada pun unsur freemasonry disitu? takpe, tepuk dada tanya selera.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home