Thursday, March 19, 2015

Re-enter

Kau tahu comeback? Kau tahu pasukan bolasepak Manchester United? Comeback dia power masa zaman Beckham,Scholes, Giggs, Solksjaer, zaman hujung 90an..  Ok tu je. Aku tak minat MU.

Wednesday, November 7, 2012

# tidur

*aku dah betul-betul mengantuk sekarang ni...

*aku perlukan penenang terbaik untuk itu; tidur.

*kalau aku tidur, aku mengharapkan satu lagi tidur bersama mimpi yang indah secara total...

*yang mana mimpi indah tu dah lama aku tak dapat nikmatinya untuk satu jangka masa panjang.



*aku tak mahu tidur aku diganggu dengan mimpi suram, daripada mimpi benda tak best baik la tak bermimpi langsung.


*tak perlu aircond, jangan pasang kipas, semua tu tak membantu ke tidur yang lena.

*ubat nyamuk untuk halau nyamuk dan selimut sehelai.

*baru power nak tidur.

*ok ok goodnight and goodbye.

*kbai.





Wednesday, July 11, 2012

# Sahaja aku...







Saturday, June 30, 2012

# Scene makan durian di Shah Alam (sek 7)

Gampar berikut bukan scene tahun 2012 kerana imej di bawah ini diambil pada tahun 2010. Zaman-zaman duit belanja datang daripada sumber negara dan rakyat (ptptn) yang aku konfem peminjamnya tak mampu bayar dengan cara bayar sekaligus di kaunter bayaran pinjaman (aku kerat jari kalau ada).



        Di bulan praktikal, bersama-sama teman seperjuangan di kem askar (kah kah kah) kami melapah melahap durian-durian tersebut. Untung batu timbul, untung sabut tenggelam kata orang tua-tua (tolong terbalikkan pepahat ni, aku salah timing), maka aku banje kawan-kawan demi memanaskan badan pada malam itu.




 Makan durian ni kerja mudah bagi yang berpengalaman...




 Memanglah dia rasa durian. Aku standby nak lempang orang jual durian tu kalau tiba-tiba rasa rambutan...





 Faliq dan Fitri member yang ada..













Aku lupa ajak mamat ni... bukan lupa sangat tapi dia jenis ada-hal-dengan-kawan-kawan-lain pada waktu keramaian di adakan.

Sori Wan..kau pun sebuk dengan hal sendiri kan... hahaha....


-TAMMAT-

Labels: , ,

Saturday, June 23, 2012

# ia bukan apa-apa. cuma..

cibs.. aku tak reti main go-kart!!!


Siapa-siapa yang reti memandu benda alah ni, tolong ajarkan boleh??

















Menarik tak gambar kat atas? Pakai kamera talipon sahaja untuk ambil gambar.

Labels: , ,

Sunday, June 17, 2012

# Cameroon (cadangan tak masuk tajuk)

ini Sarip
                                         
                                                                              

Suatu malam yang dingin,di sebuah R&R daerah Lipis, berdekatan Benta, kami minum-minum yang tak memabukkan. Cuti ke Lipis perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh kami. Menjelajah Lipis sudah habis (Zoo, tempat bersejarah sudah kami redah termasuk Sekolah Clifford). Nama tempat seperti Fraser Hill, Genting Highland, Jengka, dan Karak menjadi perbualan pada malam itu.


Anok mengepalai kami
   


Tanpa banyak merancang kami bersetuju ke Cameroon. Rancang lama-lama,banyak-banyak takut tak menjadi macam yang dimahukan. Usai minum kami pulang ke rumah rehat (yang sebenarnya rumah Anok).


Ini Wak


Pagi itu tempo degupan nadi kami berentak hepi. Rakan-rakan sepulangan dari Shah Alam (kami tinggal serumah bersama rakan-rakan lain di Shah Alam, dan kebanyakannya orang Lepih) tak dapat ikut (ada yang terpaksa hadiri kenduri pada hari itu, ada yang akan ke Cameroon juga tapi hari lain, ada yang bangun lambat, nak tunggu kira buang masa) jadi kami gerak berempat menaiki abang kepada kancil iaitu Myvi lagi best.




Ternyata perjalanan kami menaiki myvi sangat lancar. Kami buat pit stop di Sungai Koyan kerana desakan perut untuk diisi. Makan kat sini sedap. Tempoyak, ikan goreng, sambal belacan... laju je masuk ke mulut. Sesudah makan pagi... (err makan pagi pun dah macam melantak), kami meneruskan perjalanan.



Aku nak kamu juga berasa hepi seolah-olah kamu turut bersama mengenjoykan diri bersama trip ini. Sila layan lagu Adzrin Adzhar - Pujaan Malaya dan The Changcuters - i love u bibeh, dengan kadar segembira boleh... :P







Setiba di kaki Cameroon kelihatan banyak kenderaan mahu ke atas. Hujung minggu dan cuti sekolah sudah tentu ramai yang mahu berkunjung di atas sana. Ini makan dia...






Sarip berlagak tenang. tapi...


ya, mana ada manusia tak reti marah bukan.





nama cafe macam nama awek cun...














rupanya ada ladang strawberi sehat...





Setelah buat keputusan untuk berjalan kaki menghirup udara Cameroon (padahal tak larat menghadap jem atas bukit) dengan meninggalkan kereta di sebuah bangunan lapangan golf, snap pic dijadikan bukti jejak kami pernah disini.







aku tak suruh berkawad...



ya rabbii..! gaya berjalan apa, jangan ditanya...



Penat berjalan diselangi ambik gambar...



Lenkali aku sambung cerita (agaknya lah), banyak lagi gambar belum letak ni.. hahaha




Labels: , , ,

Wednesday, June 13, 2012

# burrrpp




tit tit! tit tit! gema bunyi datang dari henset aku. cepat-cepat tangan menyeluk poket seluar belah kiri. perlahan clamshell phone aku buka. (phone aku tak boleh di panggil flip sebab bukaannya luas, bukan limited rotate angles @ hinge). butang arahan view ditekan.



  <---- clam
ceipntrasradelapiedad.wordpress.com


















   <---- shell
nickshell1983.wordpress.com












"nk kim x? blk keje ak nk g pasar", seru seorang rakan, anok melalui mesej talipon tangan.


lama aku memikir apakah kemungkinan jenis pasar yang akan dia pergi petang itu. pasar tani, pasar basah, pasar karat, pasar mini, pasaraya, dll. okeh harini rabu, kemungkinan besar adalah pasar malam.

"nasi kerbau, daging bakar. air tembikai laici." balas aku deras-deras.













huiyo lama dah tak makan nasi kerabu.
nasi kerabu! bukan nasi kerbau larh! eh apa yang peliknya nasi kerabu?? camane korang bulih salah baca nih??




P/S: Ngeh Ngeh Ngeh......erk. burrrrppppppppppppppppppppp!!!

   

Labels: , ,