# Cameroon (cadangan tak masuk tajuk)
ini Sarip |
Suatu malam yang dingin,di sebuah R&R daerah Lipis, berdekatan Benta, kami minum-minum yang tak memabukkan. Cuti ke Lipis perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh kami. Menjelajah Lipis sudah habis (Zoo, tempat bersejarah sudah kami redah termasuk Sekolah Clifford). Nama tempat seperti Fraser Hill, Genting Highland, Jengka, dan Karak menjadi perbualan pada malam itu.
Anok mengepalai kami |
Tanpa banyak merancang kami bersetuju ke Cameroon. Rancang lama-lama,banyak-banyak takut tak menjadi macam yang dimahukan. Usai minum kami pulang ke rumah rehat (yang sebenarnya rumah Anok).
Ini Wak |
Pagi itu tempo degupan nadi kami berentak hepi. Rakan-rakan sepulangan dari Shah Alam (kami tinggal serumah bersama rakan-rakan lain di Shah Alam, dan kebanyakannya orang Lepih) tak dapat ikut (ada yang terpaksa hadiri kenduri pada hari itu, ada yang akan ke Cameroon juga tapi hari lain, ada yang bangun lambat, nak tunggu kira buang masa) jadi kami gerak berempat menaiki abang kepada kancil iaitu Myvi lagi best.
Ternyata perjalanan kami menaiki myvi sangat lancar. Kami buat pit stop di Sungai Koyan kerana desakan perut untuk diisi. Makan kat sini sedap. Tempoyak, ikan goreng, sambal belacan... laju je masuk ke mulut. Sesudah makan pagi... (err makan pagi pun dah macam melantak), kami meneruskan perjalanan.
Aku nak kamu juga berasa hepi seolah-olah kamu turut bersama mengenjoykan diri bersama trip ini. Sila layan lagu Adzrin Adzhar - Pujaan Malaya dan The Changcuters - i love u bibeh, dengan kadar segembira boleh... :P
Setiba di kaki Cameroon kelihatan banyak kenderaan mahu ke atas. Hujung minggu dan cuti sekolah sudah tentu ramai yang mahu berkunjung di atas sana. Ini makan dia...
Sarip berlagak tenang. tapi...
ya, mana ada manusia tak reti marah bukan.
nama cafe macam nama awek cun...
rupanya ada ladang strawberi sehat...
Setelah buat keputusan untuk berjalan kaki menghirup udara Cameroon (padahal tak larat menghadap jem atas bukit) dengan meninggalkan kereta di sebuah bangunan lapangan golf, snap pic dijadikan bukti jejak kami pernah disini.
ya rabbii..! gaya berjalan apa, jangan ditanya...
Penat berjalan diselangi ambik gambar...
Lenkali aku sambung cerita (agaknya lah), banyak lagi gambar belum letak ni.. hahaha
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home