Tuesday, June 12, 2012

# Hobi seorang Hafiz

Di satu sudut di dalam sebuah rumah teres dua tingkat kelihatan Hafiz khusyuk menonton youtube sambil tangannya menguli sesuatu di dalam bekas. Jangan bayangkan Hafiz duduk bersimpuh atau bersila kerana dia memang suka duduk di atas kerusi. Tepung gandum yang bercampur air diuli sepenuh hati dengan kekuatan tangannya manakala matanya ralit menonton babak-babak daripada cerita p Ramlee.


"Dah boleh dah ni", ujarnya sambil menolak kerusi kebelakang. Dia kemudian meninggalkan cerita P Ramlee yang memainkan babak Ahmad Nisfu sedang memikirkan cara menipu keluarga tiga Abdul itu sambil membawa bekas uli tepung tadi ke peti ais. "Besok pagi dah boleh menebar roti ni", ceritanya lagi, kepada dirinya sendiri sambil tersenyum. tidurnya lena pada malam itu.


pagi itu, seawal kucing mengiau hafiz bertemankan radio sinar.fm yang di dengar melalui phone nya ( dalam mode loud speaker), girang menebar doh roti yang yang sebentar kemudian bertukar paras rupa kepada roti canai. pada perkiraan aku semua roti disiapkan dalam masa dua jam. selain roti kosong, murtabak pun dibuatnya penuh bersungguh.






ceritanya, kami penghuni geng 57 menikmati sarapan dengan air tangan beliau. iya, AIR TANGAN BELIAU!!!

Labels: , , ,

1 Comments:

At June 14, 2012 at 10:48 PM , Blogger putrisyaaban said...

untunglah.....

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home