Saturday, June 9, 2012

# Aku tak peduli

semasa aku menganggap hidup ini indah, semasa aku menikmati keindahan itu dalam pelbagai cara, sudah tentu ada manusia yang tidak menemui apa itu indah dalam kamus hidup mereka. untuk sedikit mengenali indah pun payah.

perkara indah tidak akan berlaku sepanjang kehidupan, kerana ia akan datang dan pergi, ia seketika, seketika yang panjang, atau seketika yang singkat dan perlu kita fahami indah perlu dinikmati sehingga maksima supaya kita mencapai kegembiraan sejati. namun perkara indah akan menjadi peristiwa past time, sebagai kenangan yang sukar dilupakan lantaran ia cukup cantik, cukup passion, cukup emosi, cukup bermakna daripada senang-senang dilupakan begitu sahaja. Mematri kuat secara automatik di jiwa dan sanubari.

                                          (walaupun bukan bunga hiasan, gambar ini tetap hiasan)



indah akan datang dan pergi. kalau tak hari ini, ia akan jadi esok lusa. terus berusaha dan tunggu saja hasilnya, dan lantas syukur akan kedatangan indah itu.


P/S: pulau indah, pernah tahu tempat ini?

3 Comments:

At June 14, 2012 at 10:49 PM , Blogger putrisyaaban said...

pic ni mcm kenal jerk...heee

 
At June 15, 2012 at 6:51 AM , Blogger comic reader said...

sape la ni..

 
At June 17, 2012 at 2:32 AM , Blogger putrisyaaban said...

member baik sape la ni kannn...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home