Thursday, September 22, 2011

Bodoh juga begini

Fuh! Panas benar tengahari ni..rasa seperti mahu buka baju dan terjun ke dalam sungai sahaja. Tapi celah mana sungai tengah-tengah sibuk di gerai jualan bukan?

Tengahari yang panas membara tidak lagi terasa setelah angin lintang sepoi-sepoi bahasa Arab loghat Melayu Champa menyapa tubuh yang berpeluh jantan ini. Wat to do??soalku dalam hati. Ye aku harus minum bagi menghilangkan segala duka jahanam itu. Kena pula minum air kelapa yang baru dibancuh sesedap rasa sebentar tadi.... Pergh memang 'jahat' dia punya feeling. Naik ke kepala sejuknya.........


Sedang aku menikmati air tersebut tiba-tiba datang seorang brader membuat muka sangap air. Aku insaf dengan perasaan dan raut wajah brader tersebut yang nampak tergesa-gesa dan tak terurus. Aku berjanji dalam hati akan menolong menyediakan air untuknya minum jika dia meminta.


Aku mempamerkan muka ikhlas menolong setelah dia datang dekat ke gerai, yang mana aku orang ditujuinya pun............

Dia menyengih kearahku. Dikeluarkan dompet usang yang jelas koyak kulit luar dari poket seluar kanannya. Terkial-kial mengeluarkan note warna merah, yakni sehelai wang kertas sepuluh ringgit. Seraya itu dia berkata, "bang, Dunhill doploh sekotak."


Fakrul!! !!!!!!!!!!!!

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home