Saturday, June 30, 2012

# Scene makan durian di Shah Alam (sek 7)

Gampar berikut bukan scene tahun 2012 kerana imej di bawah ini diambil pada tahun 2010. Zaman-zaman duit belanja datang daripada sumber negara dan rakyat (ptptn) yang aku konfem peminjamnya tak mampu bayar dengan cara bayar sekaligus di kaunter bayaran pinjaman (aku kerat jari kalau ada).



        Di bulan praktikal, bersama-sama teman seperjuangan di kem askar (kah kah kah) kami melapah melahap durian-durian tersebut. Untung batu timbul, untung sabut tenggelam kata orang tua-tua (tolong terbalikkan pepahat ni, aku salah timing), maka aku banje kawan-kawan demi memanaskan badan pada malam itu.




 Makan durian ni kerja mudah bagi yang berpengalaman...




 Memanglah dia rasa durian. Aku standby nak lempang orang jual durian tu kalau tiba-tiba rasa rambutan...





 Faliq dan Fitri member yang ada..













Aku lupa ajak mamat ni... bukan lupa sangat tapi dia jenis ada-hal-dengan-kawan-kawan-lain pada waktu keramaian di adakan.

Sori Wan..kau pun sebuk dengan hal sendiri kan... hahaha....


-TAMMAT-

Labels: , ,

Saturday, June 23, 2012

# ia bukan apa-apa. cuma..

cibs.. aku tak reti main go-kart!!!


Siapa-siapa yang reti memandu benda alah ni, tolong ajarkan boleh??

















Menarik tak gambar kat atas? Pakai kamera talipon sahaja untuk ambil gambar.

Labels: , ,

Sunday, June 17, 2012

# Cameroon (cadangan tak masuk tajuk)

ini Sarip
                                         
                                                                              

Suatu malam yang dingin,di sebuah R&R daerah Lipis, berdekatan Benta, kami minum-minum yang tak memabukkan. Cuti ke Lipis perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh kami. Menjelajah Lipis sudah habis (Zoo, tempat bersejarah sudah kami redah termasuk Sekolah Clifford). Nama tempat seperti Fraser Hill, Genting Highland, Jengka, dan Karak menjadi perbualan pada malam itu.


Anok mengepalai kami
   


Tanpa banyak merancang kami bersetuju ke Cameroon. Rancang lama-lama,banyak-banyak takut tak menjadi macam yang dimahukan. Usai minum kami pulang ke rumah rehat (yang sebenarnya rumah Anok).


Ini Wak


Pagi itu tempo degupan nadi kami berentak hepi. Rakan-rakan sepulangan dari Shah Alam (kami tinggal serumah bersama rakan-rakan lain di Shah Alam, dan kebanyakannya orang Lepih) tak dapat ikut (ada yang terpaksa hadiri kenduri pada hari itu, ada yang akan ke Cameroon juga tapi hari lain, ada yang bangun lambat, nak tunggu kira buang masa) jadi kami gerak berempat menaiki abang kepada kancil iaitu Myvi lagi best.




Ternyata perjalanan kami menaiki myvi sangat lancar. Kami buat pit stop di Sungai Koyan kerana desakan perut untuk diisi. Makan kat sini sedap. Tempoyak, ikan goreng, sambal belacan... laju je masuk ke mulut. Sesudah makan pagi... (err makan pagi pun dah macam melantak), kami meneruskan perjalanan.



Aku nak kamu juga berasa hepi seolah-olah kamu turut bersama mengenjoykan diri bersama trip ini. Sila layan lagu Adzrin Adzhar - Pujaan Malaya dan The Changcuters - i love u bibeh, dengan kadar segembira boleh... :P







Setiba di kaki Cameroon kelihatan banyak kenderaan mahu ke atas. Hujung minggu dan cuti sekolah sudah tentu ramai yang mahu berkunjung di atas sana. Ini makan dia...






Sarip berlagak tenang. tapi...


ya, mana ada manusia tak reti marah bukan.





nama cafe macam nama awek cun...














rupanya ada ladang strawberi sehat...





Setelah buat keputusan untuk berjalan kaki menghirup udara Cameroon (padahal tak larat menghadap jem atas bukit) dengan meninggalkan kereta di sebuah bangunan lapangan golf, snap pic dijadikan bukti jejak kami pernah disini.







aku tak suruh berkawad...



ya rabbii..! gaya berjalan apa, jangan ditanya...



Penat berjalan diselangi ambik gambar...



Lenkali aku sambung cerita (agaknya lah), banyak lagi gambar belum letak ni.. hahaha




Labels: , , ,

Wednesday, June 13, 2012

# burrrpp




tit tit! tit tit! gema bunyi datang dari henset aku. cepat-cepat tangan menyeluk poket seluar belah kiri. perlahan clamshell phone aku buka. (phone aku tak boleh di panggil flip sebab bukaannya luas, bukan limited rotate angles @ hinge). butang arahan view ditekan.



  <---- clam
ceipntrasradelapiedad.wordpress.com


















   <---- shell
nickshell1983.wordpress.com












"nk kim x? blk keje ak nk g pasar", seru seorang rakan, anok melalui mesej talipon tangan.


lama aku memikir apakah kemungkinan jenis pasar yang akan dia pergi petang itu. pasar tani, pasar basah, pasar karat, pasar mini, pasaraya, dll. okeh harini rabu, kemungkinan besar adalah pasar malam.

"nasi kerbau, daging bakar. air tembikai laici." balas aku deras-deras.













huiyo lama dah tak makan nasi kerabu.
nasi kerabu! bukan nasi kerbau larh! eh apa yang peliknya nasi kerabu?? camane korang bulih salah baca nih??




P/S: Ngeh Ngeh Ngeh......erk. burrrrppppppppppppppppppppp!!!

   

Labels: , ,

Tuesday, June 12, 2012

# Hobi seorang Hafiz

Di satu sudut di dalam sebuah rumah teres dua tingkat kelihatan Hafiz khusyuk menonton youtube sambil tangannya menguli sesuatu di dalam bekas. Jangan bayangkan Hafiz duduk bersimpuh atau bersila kerana dia memang suka duduk di atas kerusi. Tepung gandum yang bercampur air diuli sepenuh hati dengan kekuatan tangannya manakala matanya ralit menonton babak-babak daripada cerita p Ramlee.


"Dah boleh dah ni", ujarnya sambil menolak kerusi kebelakang. Dia kemudian meninggalkan cerita P Ramlee yang memainkan babak Ahmad Nisfu sedang memikirkan cara menipu keluarga tiga Abdul itu sambil membawa bekas uli tepung tadi ke peti ais. "Besok pagi dah boleh menebar roti ni", ceritanya lagi, kepada dirinya sendiri sambil tersenyum. tidurnya lena pada malam itu.


pagi itu, seawal kucing mengiau hafiz bertemankan radio sinar.fm yang di dengar melalui phone nya ( dalam mode loud speaker), girang menebar doh roti yang yang sebentar kemudian bertukar paras rupa kepada roti canai. pada perkiraan aku semua roti disiapkan dalam masa dua jam. selain roti kosong, murtabak pun dibuatnya penuh bersungguh.






ceritanya, kami penghuni geng 57 menikmati sarapan dengan air tangan beliau. iya, AIR TANGAN BELIAU!!!

Labels: , , ,

# panas!! reti tak?

panas betul tanah shah alam dua tiga menjak ni. kalau siang buta punya panas mungkin aku maseh bolih konsider, sebab matahari menerobos terus ke bumi. ini malam-malam duk dalam rumah terus terasa panas macam duk dalam sauna. (agaknya lah sauna, aku tak pernah pergi sauna) atau berada dalam kubu tahanan taliban (mungkin la macam tu, masa afghanistan punya musim panas)


sekadar renungan. neraka lagi panas...




jam tiga pagi yang patut cuaca sejuk menusuk ke tulang, tapi kini terasa seperti berada di padang sekolah sambil melakukan warm up sebelum main bola sepak di waktu pendidikan jasmani dijalankan.


photodarisekamarrindu2009.wordpress.com

euro2012 pun dah tak best nak layan.
ada lah beberapa hikmah bila berlaku panas-panas macam sekarang ni agaknya.
tapi yang jadi persoalannya, sampai bila???
untungla kalau masa sekarang bole lepak di tanah tinggi ke bukit tinggi ke....
untung betei baddamnnotthehotpersonthenmeupthere.


P/S: mungkin berzikir secara kerap akan menenangkan jiwa nurani sekaligus menyejukkan jiwa dan badan. elok betul susunan kehidupan ini....

Labels: , ,

Saturday, June 9, 2012

# Aku tak peduli

semasa aku menganggap hidup ini indah, semasa aku menikmati keindahan itu dalam pelbagai cara, sudah tentu ada manusia yang tidak menemui apa itu indah dalam kamus hidup mereka. untuk sedikit mengenali indah pun payah.

perkara indah tidak akan berlaku sepanjang kehidupan, kerana ia akan datang dan pergi, ia seketika, seketika yang panjang, atau seketika yang singkat dan perlu kita fahami indah perlu dinikmati sehingga maksima supaya kita mencapai kegembiraan sejati. namun perkara indah akan menjadi peristiwa past time, sebagai kenangan yang sukar dilupakan lantaran ia cukup cantik, cukup passion, cukup emosi, cukup bermakna daripada senang-senang dilupakan begitu sahaja. Mematri kuat secara automatik di jiwa dan sanubari.

                                          (walaupun bukan bunga hiasan, gambar ini tetap hiasan)



indah akan datang dan pergi. kalau tak hari ini, ia akan jadi esok lusa. terus berusaha dan tunggu saja hasilnya, dan lantas syukur akan kedatangan indah itu.


P/S: pulau indah, pernah tahu tempat ini?