MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR
Semasa di zaman persekolahan aku menjalani kehidupan seharian secara bersederhana. Tak mahu menjadi sebuah makhluk kecoh mengacau orang tak tentu hala. Jauh sekali menjadi pembuli yang sering mencatat rekod buli terbanyak di dalam buku catatan guru disiplin. Bagi aku cukup larh sekadar menjadi seorang yang biasa-biasa, kool dan juga nakal bertempat. Ianya selaras dengan kriteria murid contoh tahunan. Bukan begitu?
Pendapat aku ini,setelah dikaji adalah sama seperti kelakuan seorang rakan yang aku kenal semasa menginjak kaki ke tingkatan enam. Bercakap pasal tingkatan enam, inilah tingkat yang tertinggi dalam sekola. Menjadi abang besar memberi kelebihan dalam semua segi. Bermula dari nak masuk pagar sekola. Datang lewat pun tak kena tindakan sangat. Belajar dalam kelas pula secara rileks, cikgu-cikgi konon nak mengajar stail universiti. Waktu rehat boleh pintas barisan ketika beli makan. Eh takkan larh nak marah abang besar, itu macam cari nahas. Habis kuat melawan pun dengan beliakkan mata sambil berserah pada yang maha Esa kalau abang besar cuba pulak bergurau kasar lepas tu.
Biar aku bagitahu ape kena mengena rakan aku dan tingkatan enam. Begini. Semasa kami di tingkatan enam atas, kami tingal di hostel. Rumah jauh dari sekolah menyebabkan kami mengambil keputusan tinggal di hostel. Hari-hari memandu lamborghini murcielago pun penat jugak jo. Bukan tak suka tapi letihkan badan saja. Kesian badan aku. Terjejas jadual waktu tidur boleh mendatangkan stress. Untuk elakkan stress aku ambil keputusan menginap saja di hostel tiga bintang kepunyaan sekolah.
Biar aku bagitahu apa kena mengena rakan aku dan hostel. Begini. Antara kami aku dahulu yang masuk hostel. Jadi aku lebih senior darinya. Jadi aku dahulu yang tahu apa aktiviti harian budak asrama situ. Berjudi sambil minum coke botol sederhana besar sampai mabuk menjadi kegemaran mereka. Apa yang mabuk sangat pun tak tahu. Padahal minum coke je. Walaupun gemar bermain terup namun kami tak pernah bertaruh duit. Haram tu. Pantang ada masa terluang kami akan bantai main terup. Celik mata sebelum mandi dah start main dua tiga round. Balik sekolah lepas mkn tengahari di kantin asrama, mesti mau main. Malam-malam waktu prep pun kami akan bantai main jugak. Masa tu hidup dah macam penagih. Sehari tak main daun tak sah. Kena pulak kalau asek menang memang bangga dan riak serta takbur sentiasa berkumpul dalam diri. Kalau kalah manjang?
Biar aku bagitau apa kena mengena rakan aku dan kalah manjang. Begini. Rakan aku suka main daun. Tapi jarang sangat menempah juara. Cukup-cukup makan jer larh yang kuat selain kalah. Suatu maghrib, sewaktu budak-budak mandi di bilik mandi, kami macam biasa main daun dulu. Rakan aku Bad, aku syak terkena badi soalan matematik tambahan kerana asyik fail untuk menjadi juara. Mungkin mabuk coke juga menyukarkannya konsentrate pada daun yang ada ditangan. Di tambah pula main time maghrib, setan dah banyak berkumpul dalam bilik bagi mengelakkan terkena serangan pedih dari laungan azan yang datang dari surau sekolah. Rasanya setan pun join kami main daun. Tak sukar setan masuk bilik walaupun tingkap telah ditutup rapat dengan sliding window seawal senja.
Biar aku bagitau apa kena mengena rakan aku dan sliding window. Begini. Tau tak macamane perasaan bila menang main daun? Seronok sangat larh kan macam menang kereta buatan nasional daripada pertandingan anugerah bintang popular berita harian. Mase game last tiba-tiba plak dia boleh menang. Maka serentak itu saka dia datang meraikan kemenangan waktu maghrib. Dibuai kemenangan sementara, Bad bingkas bangun meraikan nikmat sang juara. Cilake larh seronok macam menang award punya gaya. Mungkin petang tu dia ada ambil pil hormon lelaki secara berlebihan, dengan tak semena-mena dia menumbuk cermin sliding wiondow tu. Tanpa segan silu cermin tu berkata lantang, “PRANG!” demi menunjukkan cermin tu pecah. Memang pecah larh kalo tumbuk cermin pakai power superman kan….. Bajet superman. Bajet Clark Kent. Bajet Tom Welling. Suasana yang hingar bingar menjadi sunyi sepi seketika. Nasi baiklarh cengkerik pandai memainkan peranan menghasilkan bunyi, takdelarh sunyi seperti di tanah perkuburan.Dan beberapa saat kemudian seorang memer bersuara, “ Ish brader potong rumput ni kut ye pun nak motong tengoklarh dulu tempat tu kot ada batu-batu kecil ke ape ke. Ni main potong je kan dah pecah sliding window ni kena batu,” selamba Khairi mencipta alasan kukuh. Dia pun tak mahu ada masalah dengan warden dalam hal begini sebab dia naib penghulu asrama Dan terdengar suara yang menyahut seruan Khairi dengan nada menyokong, “A’ah, ape nak jadi la brader tu, buat keje pun nak memain je.”
Maka kesimpulannya brader potong rumput yang bersalah dalam hal ini. Warden nak cari brader tu untuk kepastian? Maaf banyaklarh brader tu memang potong rumput masa petang kejadian tapi dia potong rumput di padang sekolah lain yang memang sebelah asrama sekolah aku .Rumput yang dipotong masih ada setelah dipotong dan dilonggokkan di padang itu. Asrama dan padang sekolah sebelah pula cun-cun dipisahkan dengan pagar kawat. Nak tak nak terpaksa juga warden percaya dengan cerita merepek karangan Khairi tersebut. Bengap juga warden ni kadang-kadang.
Sepadanlarh dengan peribahasa marahkan nyamuk kelambu dibakar diatas perbuatan Bad menumbuk sliding kerana emosi yang gembira. Betul tak? Apa? Aku salah peribahasa? Dah tu?????? Tak kan aku nak cakap ‘air yang tenang jangan sangka tak ada buaya.’ Tu kan dah lain tu. Phui!!... Korang dengan Bad dengan aku sekali sama-sama tak pandai matematik tambahan. Jawab pun salah. Phui….!!
Labels: flash back