Saturday, September 24, 2011

Awek Jepun

Pagi-pagi kat tempat kerja, lebih kurang pukul 9.30 am aku ternampak sekumpulan orang atau lebih tepat lagi sekumpulan pelajar berkumpul berdekatan gerai. Gaya seakan mahu menyediakan makanan. Sebab aku ternampak periuk nasi dan perkakas bento makanan tersedia di atas meja tempat mereka duduk.


Lebih kurang sejam kemudian datang dua awek Jepun ke arah kumpulan tadi. Aku syak mereka ni terlibat dengan pertukaran pelajar daripada Jepun. Seorang mirip Miyabi yang diminati ramai lelaki seorang lagi mirip anggota kumpulan Morning Musume yang kiut miut. Jenis boleh berbangga kalau mereka ini dibawa berjalan-jalan ke mall. Yelah orang akan ushar sebab muka macam Jepun. Dah memang mereka ni Jepun pun bodoh jadi tak payah nak macam sangat larh ye....... Mereka berbual mesra mengenai kehidupan seharian. Mungkin pasal game EPL baru-baru ni,yang mana Chelsea kalah ngan M.U. 3-1. Ah nak kecoh apa. Ada la program kecil-kecilan yang perlu mereka buat tu. Mengenal budaya masing-masing contohnya.........


Owh.....rupanya mereka menjual makanan Jepun sambil berbahasa Jepun. Tapi yang menjualnya pun budak-budak tempatannya pun. Siap pakai kimono bagi perempuan dan yukata untuk lelaki. Eh yeke ni. Ah pergi mampus larh bukan aku punya kepentingan pun. Ini mesti budak-budak kelas bahasa Jepun punya program. Sebagai tarikan orang membeli mereka bertutur bahasa Jepun. Ah orang Jepun punya propaganda larh ni. Masuk Malaysia secara halus kemudian mahu menjajah tanah air kita sekali lagi. Cilakak betul. Dasar anti-klimaks!!!!



ini aku cilok dari blog sape ntah. terima kasih ye tuan gambar...


ini pun sama larh







Antara makanan yang dijual, yang aku kenal ialah kanikama-maki sushi. Sebab aku pernah kerja kedai sushi aku tahu sedikit nama-nama sushi. Binawe!! Aku baru perasan aku sebenarnya telah dan pernah bekerja dengan Jepun!!!









Tauke aku nampak berminat jadi dia order dari mereka yang jual makanan Jepun tadi. Dia pun main order je, dan tanya apa yang sedap. Memang yang mahal mereka recommend kat tauke aku. hahahahaha..........



Ketika aku sibuk menjual air, datang awek Jepun berdua ke arahku. Dahaga larh tu. Siang-siang tak mahu beli mineral, kan dah kena minum air balang je. Tapi tak mengapa sebab abang hensem ini sedia menjual apa yang ada, waima kalau terdesak boleh juga menjual pantun sekali......tunggu mereka berani nak beli je larh.............


Dengan wajah tersipu-sipu seperti yang selalu aku tengok dalam drama Jepun, seorang daripada mereka iaitu yang berwajah Miyabi mengorder air. "I want this one and this one please" sambil menunjuk kepada air milo dan sunquick tropica. "Orait. Wait a second" balasku tanda bertanggungjawab. Setelah aku memberi dua cup air dia menghulurkan duit note seringgit dua keping. Berfikir jugak aku kalau-kalau dia hulur duit Jepun macamana aku nak kira rate duit dia. Alamat kena jumpa pengurup wang berlesen untuk meminta pandangan mengenai pertukaran matawang. Mujur awek Jepun tadi tak bengap dan sedia hulur ringgit malaysia.




Demi menunjukkan kesopanan kepada mereka aku bertutur bahasa Jepun. Alah itu pun 'arigato gozaimasu' iaitu bermakna terima kasih sambil senyum mengorat. Mungkin ada can mengorat. Mana tahu kejap lagi dia nak bagi no telepon dia ke kan. Mana tahu........



Cun-cun aku sebut terima kasih tadi mereka seakan teruja mendengar sebutan dan nahu aku bertutur. Lantas awek berwajah Miyabi cuba membalas dengan mengucapkan "terima kasih" dalam bahasa melayu dan menguntum senyuman kearahku. Cun-cun itu time aku buat-buat bodoh dan memandang ke arah lain. Seperti mereka tak pernah datang membeli. Walaupun mukaku kearah lain tapi anak mataku pantas ke arah wajah mereka yang malu atas tindakan biadab aku. Hahahahaha......................................................................

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home