Kenapa naik KTM komuter pada waktu kemuncak? Part I
Waktu lewat petang di hujung minggu adalah high-peak hour yang paling win ketika menunggu komuter. Nak nak kalau berada di stesen-stesen pertukaran seperti KL Sentral. Ataupun di stesen yang sudah-pasti-ramai-orang seperti Mid Valley. Kenapa ramai orang nak guna perkhidmatan ini pada waktu ini walau dah tahu ia akan sesak? Takde akal betul. Balik malam-malam sikit waktu orang dah kurang tak boleh?
Kadang-kadang bukan sebab tak boleh fikir yang menunggu komuter lewat petang itu jawapannya sesak. Akan tetapi kerana terpaksa maka menaikinya adalah satu pilihan yang mahu-tak-mahu harus naik pada waktu itu juga.
Alasan-alasan jelas daripada penumpang komuter antaranya ialah:
SATU. Stesen Komuter Dekat Dengan Rumah
"Lepas sudah habis urusan di suatu tempat, senang bagi gua untuk naik sahaja komuter kerana stesennya berdekatan dengan kawasan rumah. Jauhnya tak sampai sepelaung pun. Stesen bus jauh yang amat. Kerja gila kalau nak jalan kaki balik rumah pulak" -Karim (penganggur sambilan)
...............................................................................................
DUA. Lagi Cepat Daripada Bas
Siapa naik bas dia loser. Komuter dah cukup bagus. Ada aircond lagi. Cepat sampai bang.
Yeke? Kau selalu balik kampung naik ape?
Err... bas la bang.....
Ok. Kau pun loser.........
Aduh..hehehe.........
-Damnial (pelajar universiti tempatan)
................................................................................................
TIGA. Tak Suka Balik Malam
"Kalau balik malam mak marah. Kan bahaya berjalan malam-malam, lagi bahaya berbanding berjalan di siang hari. Saya tak ada masalah pun awak kalau balik awal. Lepas keluar hang out dengan kawan-kawan dah tak ada kerja nak dibuat sampai kena balik malam hari. Jadi terus pulang ke rumah lah." -Qurratul Syifa (anak emak sejati)
...............................................................................................
EMPAT. Peluang Mendapat Pulangan Tinggi
Pelik? Peluang Mendapat Pulangan Tinggi ape pulak ni kan. Ok kejap. Sebenarnya ini yang cuba aku nak highlightkan dalam taipan kali ini. (ade ke terma taipan untuk menaip? belasah sahaja ya kawan-kawan)
Shiapa pula yang terlibat dengan peluang dan pulangan ini? Dalam dunia ada saja pekerjaan yang jenis mengambil peluang ketika beroleh peluang tinggi yang akan memberi pulangan tinggi. Yang aku maksudkan disini adalah pencopet. Dalam bahasa INggeris adalah pickpocket. Got it?
Tak pernah aku fikir berlaku insiden seluk saku ketika di stesen komuter ketika aku nak balik rumah.
Lewat petang itu seperti biasa ramai orang menunggu ketibaan komuter pada waktu yang dijanjikan. Aku menjeling ke arah board masa yang tergantung.
"Lagi lima minit nak tiba. Dah boleh beratur kat line kuning ni." getus hati aku sambil kaki menuju ke arah crowd yang sudah lama beratur.
Beratur dulu tak semestinya dapat masuk dulu. Prinsip ini aku pegang setiap kali naik komuter.HAhahahaha......
*************************************************************************************
Pap! Pap! Pap! Pap!
Sayup-sayup kedengaran bunyi komuter meluncur laju dan akan menyinggah di stesen KL Sentral ini.
bersambung....................
P/S: Berdiri dalam train bukanlah perkara seronok untuk dihadapi melainkan bersama rakan-rakan.........hahahaha
P/S/S: Malas la pulak nak nyambung-nyambung cerita... (smiley face)
2 Comments:
This comment has been removed by the author.
Nice entry..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home