Rumput mana tak berwarna HIJAU
Mata dah nak terkatup rapat pada suatu malam bila tiba-tiba dapat panggilan talifon dari seorang brother. Jenis aku adalah orang yang suka tidur awal kalau tidak ada apa-apa aktiviti berat di malam hari.
Aku: Apa celup?(pengaruh movie Hantu Bonceng)
Bad: Saje talifon member nak tanya khabar. Amacam sihat?
Aku: Sihat je. Bila nak datang sini lagi?
Bad: Aku sibuk keje larh. Ada masa aku datang la sana. Wei aku baru pindah rumah sewa. Dak rumah lama ramai nak kua sebab dorang habis blaja. Jadi elok aku kua awal.
Aku : Oooo... bagus la kua awal. Ni yang ketiga kan? Amacam jadik tak angkat moto?
Bad: Bulan depan. Aku dah set beli lc. Model yang tak berapa nak baru. Bayar pukal terus. Lagi syok. Jauh dari riba....
bla bla bla bla bla...........................
*************************************************************************************
Dah lama tak sembang depan-depan. (Situasi tadi pun cakap talifon) Tahu-tahu dah banyak benda jadi pada dia.
Setiap detik dalam hidup ini akan terasa pantas setelah kita berjaya melalui banyak asam garam kehidupan dalam waktu yang singkat.
Pantasnya kehidupan akan lebih terasa setelah kita beralih dari satu titik ke titik yang lebih jauh lagi dari yang asal. Bahasa mudahnya up level.
Dan pada masa yang sama kita perlu menoleh ke belakang melihat kembali peristiwa yang berjaya diharungi untuk dijadikan teladan pada masa hadapan. Peristiwa yang tak jadi pula dijadikan sempadan.
Ada seorang kawan. Aku tengok hidup dia tak ikut flow yang sepatutnya mengikut kaca mata aku. Sebagai salah seorang kawan yang rapat dan tahu dengan kisah hidup dia, aku sentiasa mahu tengok satu hari nanti dia akan dapat balik hak-hak dia. Hak yang sepastinya milik dia.
Hak dia pada famili.
Hak dia membetulkan tanggapan orang pada dirinya.
Hak dia memeluk seorang ayah.
Hak dia mencium pipi seorang ibu.
Hak dia bersalaman dengan abang.
Hak dia melihat senyuman manis seorang kakak.
Hak dia bergurau senda dengan adik beradiknya.
P/S : Raya Haji dah dekat. Power jugak amik gambar kenangan masa hari raya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home