Geng 57
Dekat setahun aku bersama geng 57. Sepanjang melalui rentasan masa setahun itu terdapat banyak cerita kehidupan yang aku rasai, yang terkadang tak ada di tempat selalu orang ramai datang, seperti seven-e, mcdonald, tasik shah alam, atau se high-class time square.
Berkawan baik dengan kawan sekelas, Fitri membolehkan aku menjoin rumah sewa 57. Bila sebut rumah sewa, khasnya bagi student, isi dalam rumah tersebut biasanya di kalangan teman kuliah semasa tahun pertama atau semasa zaman diploma dahulu yang menyambung degree di universiti sama.
Tapi uniknya geng 57 kerana majoriti penghuninya adalah sekampung!!!! budak-budak lipis..!!! Maka aku yang semasa kali pertama menjenguk geng57 dapat mengagak keakraban antara isi rumah tersebut.
Masa mula-mula duduk, agak mati kutu jugak larh sebab aku orang luar. Tapi masa mengubah itu.
Sebagai rumah yang dihuni student, tak sah kalau kami tak keluar malam main futsal. Ini adalah aktiviti yang mengeratkan tali silaturahim sesama insan. Lepas penat berfutsal, mamak adalah tempat yang paling strategik untuk melepaskan lelah.
Dan kalau kami keluar bermain futsal biasanya aku sentisa berada di satu posisi penting untuk pasukan.........
Kat luar gelanggang. Hahahahahahahaha...............
GIla aku tak pernah kot main futsal.
2 Comments:
kaki bangku laa..
Tak pernah bukan makna tak tahu. Sekarang dah pernah :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home