Tuesday, October 11, 2011

Oh Bunga Part I

'Terima kasih. Saya jual ye kak,' kataku sambil melemparkan senyuman dan mengambil wang yang dihulurkan akak tersebut. Akak tu membalas, juga dengan senyuman. Nasib la dia balas senyum, kalo dia jelir lidah ke, tunjuk penumbuk ke, atau dibuatnya tak mahu bayar dan belah terus, memang haruslah aku keluarkan kata-kata nista padanya!!!


Hahaha, chillax la bro, ape kenama marah sangat ni........ Huish!! aku tak mungkin begitu.




Takkan hilang sikap kool aku begitu sahaja. Jadi kalau betul dia tak bayar (in case terlupa, alah manusia mudah lupa) aku akan guna pendekatan profesional, iaitu dengan berinteraksi semula dengannya.


Bagaimana? Caranya - Dalam 0.001 saat tarik nafas sedalam mungkin, hembus perlahan-lahan, berjalan laju ke arah akak tadi, dan apabila sampai depan dia aku cuit bahunya dan bercakap dengan suara lembut lagi tenang, 'Akak, maaf ya. Tadi akak dah pilih bunga kat booth saya tapi akak lupa bayar. Bunga kat tangan akak tu ha'. tuturku penuh ikhlas bertemankan seukir senyuman yang lebih kurang macam ni ------> :-)


P/S: Kadang-kadang bila kita buat baik ada juga individu balas kita dengan yang tak baik...... Jin memang macam tu.....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home