Barang peribadi pertama.....
Barang peribadi pertama......
Memiliki beberapa jenis barang peribadi pertama kadang-kadang memberi kesan pada hidup kita. Percaya tak? Atau sekurang-kurangnya ia adalah yang paling kita ingat.
Ada orang masih lagi simpan talipon tangan pertama@handphone yang dimiliki(phone pertama aku kena curi-RIP), kasut bola, kain tudung, kad atm, kad pengenalan, rantai basikal, piala-piala, kucing (mungkin gambar kucing sahaja kerana walaupun kucing ada sembilan nyawa....-hahaha- tapi jangka hayat kucing tak lama) dan sebagainya.
Ye larh, benda yang pertama dimiliki kan. Punya larh explore bagi mencari keseronokan yang ada pada barang tersebut. Yang kedua atau ketiga yang menjadi pengganti setelah yang pertama sudah tiada (mungkin telah rosak, expired, hilang dan sebagainya) sudah menjadi kurang sentimental valuenya.
Contoh aku, masa kecil-kecil dulu, masa sekolah rendah aku selalu ushar seorang cikgu perempuan paling cun yang pernah mengajar dalam kelas. Masa dia mengajar mata tak lepas pandang melihat cikgu cun itu. Walaubagaimanapun, prestasi aku kat subjek yang dia ajar tak pula naik mencanak walaupun aku sentiasa bersemangat semasa dia mengajar.
P/S: Owh. Kejjap...Cikgu bukan larh barang kan. Dan cikgu juga bukanlah jenis barang peribadi kan..?? demn my bad!!
P/S/S: Walaupun dia bukan barang tapi aku masih sentiasa ingat dia sebab dia adalah yang pertama untuk aku :)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home