Ketika cinta bertasbih, nadiku...... eh kejap! bukan macam ni cerita aku. Orait, chillax pembaca sekelian, macam ni sebenarnya.........
Ketika aku tengah sibuk melayan gadis-gadis membeli makanan cucuk-cucuk di sebuah gerai, tiba-tiba datang seorang gadis yang aku nak bahasakan dia adik dalam cerita ini sebab dia muda dari aku. Dak ni memanggil dari table air balang yang kurang pembeli pun disitu. Tiadanya gadis-gadis disitu kerana mereka lebih berminat dengan cucuk-cucuk (kelaparan) dan aku (hensem) yang jaga cucuk-cucuk aritu.
.................................................................
Tau tak kalian ape itu makanan cucuk-cucuk? Biasa merayau ke pasar malam? Ye, yang ada kat gerai jual fishball, fishcake, dumpling, nugget, sosej etc. Power juga kalau mengunyah makanan jenis ini sambil jalan-jalan bukan. Kalau agak-agak tak ingat apebenda aku duk merepek dari tadi, sila lihat gambar di atas kembali. Tolonglah jangan tak tahu. This is Malaysian street food you know!

Segera aku menuju kearahnya. Muka aku tarik seserius mungkin. Sengaja begitu supaya aku dilihat seperti orang yang bertanggungjawab dan tidak pula main-main.
"Bang, tadi saya beli crabstick dua cucuk." "ok" pantas ku balas. Sengaja aku pendekkan niat dia untuk berlipur lara, banyak lagi kerja dan gadis menunggu aku. "Mase makan mule-mule tadi rasa crabstick ni ok. Tapi bila masuk yang kedua ada rasa masam sikit."balasnya. "Ooo"selaju kilat pula aku ber"oooo".(Dalam kepala aku dah terbayang minah ni nak mintak tukar makanan dia dengan yang lain. Alah taktik budak-budak baru nak up, tahu sangatlah aku) Dia mula menarik muka masam semasam crabstick yang dia cakap masam tu. Serentak itu aku bersuara, "Aku pun tak pernah makan benda ni dik, masam eh? Kalo tak nak makan ni buang je lah. Tukar yang baru. Ni nak tukar dengan ape ni."

Sumpah aku tak pernah nak try makan crabstick berwarna oren bersalut tepung tu. Jadi bila dia kata yang dia makan tu masam aku tak sampai hati nak bertekak kalaupun dia sengaja kata masam. Tambahan dia pun student macam aku. Bukan berduit macam orang bekerja pun. Aku tahu jual je. Duit hasil jual aku bagi tauke. Nampak tak kejujuran aku berniaga jadi kuli?
"Adik amik sendiri larh ye." kataku tanda sibuk berjual sambil berjalan semula ke arah dulang-dulang dipenuhi makanan cucuk-cucuk. Alah amik sendiri takde larh susah mana. Pergi ke dulang yang ada makanan yang kita wish, pick up satu atau berapa kuantiti yang kita mahu, pastu masuk dalam plastik. Siap!
Dan entah macamana aku boleh terlayan pulak adik tu. "Tolongla amikkan" katanya dari jauh. Dari table air balang tadi. Ok aku amik,kataku dalam ati. "Yang ni ke?", tanyaku sambil memegang batang lidi yang dipenuhi makanan cucuk-cucuk dan "Bukan" katanya. Perbualan "Yang ni ke" dan "Bukan" berlanjutan sehingga aku menyirap darah. " Mai sini amik sendiri la dik" nada tinggi tapi sedikit mulia keluar dari mulutku. "Alah amik lah kejap. amikkan wantan tu!"sebut adik tu lagi dengan kali ni nada memaksa dan marah. Time tu aku dah sebut babi dalam hati. Celaka tak nampak aku sibuk ke gampang!
.........................................................
Buat seketika aku tak hiraukan adik tu kerana sibuk dengan customer lain. Bila aku berpaling muka aku lihat adik tu masih disitu dan tidak ketinggalan bermuka macam-macam. Macam-macam seperti 3 in 1 nescafe mungkin. Muka nak nangis campur muka marah campur muka tegas.Haaaa..., korang equalkan larh sendiri apebenda yang korang nak bayangkan. Aku tanya balik padanya, "Dik yang ni ke?". "Ha'ah" jawabnya. Pergh akhirnya bhai.........

Inilah rupa wantan. Amacam menawan hati bukan?
Aku capai plastik baru dan masukkan secucuk wantan ke dalamnya. Lalu aku hulurkan kepada adik tu. Dia ambil. Muka tiga rasanya tak berubah. Tanpa ucap terima kasih atau paling tidak mengubah muka menjadi sedikit senyum, adik tu belah. Dihujung mulutnya asyik mengomel panjang dan halus tanda tak puas dengan aku. "Cari gaduh sungguh la dak ni" ngomelku dalam hati. Mereka yang berada di tempat kejadian sepanjang drama tak berapa nak swasta itu tadi memberi perangsang, kata-kata semangat, Malaysia boleh dan sebagainya sebagai tanda setuju aku menjadi mangsa keadaan di atas kesilapan sendiri oleh adik tersebut.
Aku storykan balik kepada tauke (perempuan, yang aku panggil akak) apa yang terjadi. Dengan senang hati akak berkata, "Budak tu nak makan wantan free la tu. Mula cakap crabstick tak sedap la ape la......Hesh....memang macam ni la rasa dia.amik ni rasa sikit" kata akak. Crabstick yang dipulangkan adik tadi aku cubit kecil dan masuk sedikit ke mulut dan aku menyetujui pendapat akak. Ini bukan masam basi ke ape, sebab baru goreng sebelah pagi. Jadi crabstick ini memang jenis sebegitu rupa. Jenis yang orang tak sangka rasa dan panggilannya boleh menjadi tak ngam ho. Eh korang tau ke rasa dia macamane? Tak tahu? Serius tak tahu? Jadi nak tahu ke ni? Beli sendiri larh kat pasar malam ke ape. Asyik nak bersuap je, penat la aku kan.....
Labels: gerai