Wednesday, October 26, 2011

Kenapa naik KTM komuter pada waktu kemuncak? Part II

*************************************************************************************

Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap!

Sayup-sayup kedengaran komuter yang meluncur laju dan akan menyinggah di stesen KL Sentral ini.







Komuter berhenti. Orang ramai mula berjalan menuju ke arah pintunya dan setia seperti anjing <----(kurang ajar) kucing menunggu pintu di buka. Pintu pun terbuka beberapa saat kemudian. Adat bagi rakyat satu Malaysia untuk berebut-rebut masuk kerana takut tak dapat tempat duduk dan berdiri.

Heish!! Apebenda punya gambar ni........ Kalian jangan hirau sangat bleh?




Namun satu suara keras dari dalam menjerit "Hoi! Keluar dulu! Keluar dulu!" telah membantutkan niat semua yang mahu masuk.





Setelah selesai penumpang keluar, berpusu-pusu penumpang yang menunggu lama tadi masuk ke dalam. Tolak menolak, tackle keras, sepak kaki sendiri, sliding lawa, dan beberapa kad kuning menghiasi petang itu.



Elok sahaja kaki melangkah laju tiba-tiba ada satu brader cina kecoh menyatakan hensetnya hilang dari dalam poket seluar jeans depan! Bukan satu tapi dua helai biji......


Sebijik HTC Desire, sebijik lagi aku lupa ape jenamanya. Mungkin rupanya seperti gambar yang dibawah ini............
















Satu mamat indon yang berada di belakangnya menjadi pesalah tanpa bukti. Dalam kekecohan tersebut yang malas untuk aku mengulas panjang berhenti seketika apabila polis datang menyurai keadaan. Namun henset dan pesalah yang sebenar tidak juga jumpa. Orang dah malas nak ambil tahu sangat. Semua fikir nak balik rumah dengan selamat.

Aku dari awal telah syak mamat indon punya kerja. Aku tak racist bila membuat taakulan. Mari baca taakulan aku ni.





Mula-mula mamat indon sampai dia tak beratur di garisan kuning tapi bersandar di tepi eskelator. Gaya menunggu kawan pun ada. Bila train datang dia macam acuh tak acuh ke pintu train. Ikut logik kita mesti nak berebut-rebut ke pintu dengan harapan dapat masuk dahulu bukan.? Tak mungkin dia terpengaruh dengan orang Jepun yang akan beratur bagi orang masuk dahulu dalam hal macam ni. Gila buruk muka dia nak sopan macam Jepun!

Jauh la pulak dorang beratur.... Jap bagi tunjuk gambar dekat.








Amacam jelas tak?




Dia dah aim cina tu, jadi tak perlu tergesa-gesa masuk. Setelah penumpang keluar train, orang akan berasak masuk. Saat itu dia menyelit menerobos poket mangsa menggunakan kepakaran sepasang tangan mencopet henset.





Selaju naga bersin tindakan indon tadi disudahi dengan menyerahkan henset pada rakan sekerja yang sudah berada dalam train! Tak mungkin macam tu kan? Oh tidak. Ia boleh terjadi kawan-kawan. Begini.........


Rakan nya awal-awal berada dalam train. Mungkin naik dari bandaraya atau Kuala Lumpur. Setiba di KL Sentral dia akan memerhati rakannya mencopet dan akan mengambil habuan dari rakan yang fresh mencopet setelah berlaku isyarat antara kedua-duanya.


Yang mencopet akan bebas kerana tiada bukti dan yang menjadi rakan sekerja pencopet akan teruskan perjalanan ke stesen hadapan sebelum patah balik ke Bandaraya dan akan meneruskan perjalanan semula setelah mendapat arahan baru. Senang bukan?


P/S: Tolong larh berhati-hati ketika keluar berjalan menaiki kenderaan awam. Jaga poket anda. Jaga langkah anda. Pesanan ringkas ini dibawakan oleh Naman Geng 57. Sekian.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home