Pasal jantung
Cukup sukar untukku telan sedatif pc yang dah lama tergenggam erat di tangan. Lama juga aku mengambil keputusan untuk membiarkan ia masuk terus ke tubuhku.
Laptop di atas meja baca ku yang memainkan lagu-lagu dari band Silverchair ku renung kosong. Suasana pada awal pagi benar-benar mejadikan aku hiba. Ini kesan setelah aku teringat hal yang tak sepatutnya menerjah internal memoryku.
Setelah menarik nafas panjang aku letak sedatif pc itu di atas meja baca. Dan aku hanya meneguk air daripada gelas yang awal-awal lagi tersedia bersama sedatif pc. Imbasan kembali cerita lama betul-betul mengganggu tidur malamku.
Ruang masa aku bersamanya memenuhi benak fikiran. Sayang betul. Bermacam peristiwa berlaku. Antara aku dan ... Banyak. Juga dalam kualiti tersendiri. Tapi sekarang semua sudah tinggal kenangan. Keputusan juga sudah dibuat.
NFS most wanted. Maaf.
Butang baju melayu. Maaf.
G.A. blue. Maaf.
Origami bintang. Maaf.
Cadbury. Maaf.
T papan. Maaf
Aku tak cukup kuat pada masa itu untuk menarik kembali jiwa yang remuk, yang hancur berderai yang tak mudah lagi dicantumkan setelah sekian lama tercarik.
P/S: Kali ni takde ps. Harga ps pun tak jatuh banyak tahun ni.
Labels: flash back, jiwang, kisah
4 Comments:
sesal dulu pendapatan..kan??tp xterlambat..tiap keputusan boleh berubah..
http://www.youtube.com/watch?v=Pvaovoc_puM
Orang lelama ada cakap, terlajak perahu bole kasi undur kan..
Woah, lagu ini suwit...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home