Thursday, February 23, 2012

Kalih

Kipas berputar laju malam tu membuatkan aku terjaga dari tidur. Sejuk amat. Tak boleh jadi ni....

Cepat-cepat tangan aku meraba dalam kepekatan malam mencari selimut. Jumpa. Aku tidur semula......

Laila's Lounge bermain muzik di telinga secara tiba-tiba. Mawar khayalan dia cukup padu, tapi tak mampu bangunkan aku yang masih inginkan tidur. Alarm yang kali ke berapa berbunyi, aku snooze kan sahaja sebab tak jumpa butang off. Dan mata tertutup kembali mencari mimpi.....

Pagi tu aku bangun awal sedikit. Tapi masih berbaring. Rupanya ada member sepeniduran bangun lagi awal daripada aku. Dan beberapa kejap kemudian dia sound, 'Nape kau letak henset kau kat dada aku lepas tekan snooze?'.

Mamai bhai. Mana nak perasan. Ingatkan dah letak kat kat sebelah telinga macam biasa. Hahaha....

Labels: ,

Friday, February 17, 2012

Dan Akhirnya.... (Penghabisan)

Kalau diikutkan, pengakhiran ini sepatutnya menerbitkan perasaan yang kuat dari segi apa-apa perasaan pun. Contohnya gembira ataupun kecewa.....

Tapi aku memilih untuk tidak memilih apa-apa bentuk perasaan pun. Bukan penting pun. Ia cuma perasaan sahaja. Sebab aku tak fikir aku memiliki kepentingan lagi untuk mengisytiharkan penghabisan tersebut.

Aku terlewat untuknya. Sangat ketinggalan sedang masa jenuh tunggu aku bersama-sama pada waktu itu. Dan lagi, perasaan kepadanya telah pudar, kusam selari dengan masa berjalan ke depan. Kalau ikut logik aku tak patut buat bodoh begitu saja (ayat iras-iras gardenia) sedang dialah perkara yang terpenting kat aku pada masa tu. Aku tak treat dia sebagai yang pertama dalam hidup. Idiot. Pada aku pentingnya dia melebihi kawan-kawan dan melebihi diri sendiri dia punya penting tahu. Well said yang maha esa lagi penting daripada semua larh kan.


Masa berlalu dengan senang, aku tak hiraukan dia, aku tak ambil tahu tentang dia, jauh sekali menjenguk. Teruk dah aku. Aku dan dia cuma dalam kepala otak yang kadangkala agak berkarat nak ingat dia balik, nak keluarkan dia balik ntuk diingati pada masa lapang.


Masa asyik mendesak aku. Cuba bagi aku pilihan jawapan bagus atau teruk. Aku gagahi berjumpa dengannya, menatapnya dengan hati yang kosong. Aku cuba selesaikan masalah antara kami, yang dah lama terperuk dek sikap aku yang tak betul kepadanya. Kami semakin baik. Masing-masing memberi kerjasama untuk kepentingan bersama. Kami mendaki dari satu level ke level seterusnya hinggalah kami berjaya menempuh dugaan dengan cemerlang. Mencapai kata putus telah dialami. Dah boleh mencetak apa yang sepatutnya dicetak....  Dah boleh sangat dah. Tapi aku..... tetap tak ada perasaan pada penghabisan untuk yang ini. Tak ada langsung.

P/S: maaf tak ada point langsung untuk berkelakar kali ni.

Labels: , , ,

a friend who save a friend from his/herself



wonderwall - oasis from the album (what's the story) morning glory?
written by noel gallagher
produced by owen morris and gallagher



Wednesday, February 15, 2012

Sassy Girl


Anti-Flag




Dah berkurun sebenarnya anti-flag ada dalam hardisk aku, cuma tak sampai seru untuk dengar. Di sedut daripada seorang member yang nampak nerd.


 Hari tu tak sengaja bukak folder lagu dalam hardisk dan terjumpa folder anti-flag. Try layan.


 Lagu mereka ini fun. 1st-1st Ingatkan dia ikut blink, tapi dengar ada macam sum 41. Tapi dengar balik, dia lagi catchy dan sesak iras rancid. Bila dah dengar banyak kali, kira bagus jugak band ni... cuma tak boleh lawan riot semacam rancid. gyaaahahahaa

Labels:

Boldozer yang power!!

               



                    Semua orang pasti ada pengalaman suka-duka sepanjang kehidupan yang dilalui. Begitu juga dengan saya. Di sini saya ingin bercerita mengenai peristiwa yang berlaku baru-baru ini di kawasan kejiranan saya. Ia mengenai batu belah batu bertangkup yang secara magiknya terbuka dan menelan beberapa jiran saya yang SUKA TINGGALKAN SOLAT........!!!

                     Acah je.... sebenarnya ia mengenai bloza (boldozer) atau sering juga dipanggil keh (excavator) oleh masyarakat desa majmuk Malaysia. Kehebatannya bermula begini......

                                      vroooommmm........... vvvrrrroooooommm!!!




                    Pagi itu, saya sedang bersiap-siap di dalam rumah untuk keluar mengambil asignment yang sudah siap dijilidkan di sebuah cyber cafe sekitar shah alam. Bagi menyedapkan perjalanan saya menghidupkan motor dahulu bagi merunning enjinnya beberapa minit sebelum memulakan penunggangan yang lebih efisien.

                  Ketika motor yang saya tunggang cuba meninggalkan pintu pagar rumah sewa, saya terdengar bunyi bloza yang datang dari arah kiri. Saya syak ia tersilap jalan dan akan pusing balik ke jalan besar kerana rumah saya itu adalah jalan mati. Apekejadah bloza datang kat taman perumahan sementelah projek perumahan dah lama disiapkan. Kalau sekalipun mahu korek tanah nak buat batas (di sini ada tanah sekangkang kera), tak mungkin acah-acah nak pakai bloza yang besar itu. :)

                  Yang bawak bloza tersebut ada rupa warganegara asing iaitu bangladesh ataupun nepal, dan kelindannya pun sama. Saya tak mengesyaki akan terjadi sebuah peristiwa yang meranapkan hati jiran setempat setelah saya blah meneruskan perjalanan yang murni iaitu mahu mengambil dan menghantar kerja saya.

                  Usai membereskan hal yang perlu dilaksanakan saya terus pulang ke rumah. Tiba-tiba ketika saya enak membaca seorang kawan memberitahu terdapat sebuah bloza tersadai di depan rumah jiran. Saya bergegas keluar rumah dan melihat beberapa orang lelaki berdiri di depan rumah tersebut. Saya kasihan melihat mereka berdiri di tengah panas di waktu tengahari macam orang tak ada otak.


                 Memandangkan cuaca panas terik saya berteduh di bawah sebatang pokok sambil melihat kesan apa yang terjadi. Amboi angin pula sepoi-sepoi bahasa, nyaman juga sekejap badan ini.



                 Pagar rumah ranap dan tembok penghadang antara rumah dengan rumah sebelah telah pecah separuh. Bumbung hadapan untuk parkir dalam kawasan rumah juga ranap. Dengar cerita bloza itu cuba panjat bukit yang ada tangki air namun ia tergelongsor ke bawah. Dek kerana gelabah, brek tak makan, bloza itu pasrah menghentam apa yang ada di laluannya. Dua buah kereta yang diparkir berdekatan telah MENDAPAT.... Sebuah perodua kancil TOTAL LOST dan sebuah nissan grand livina mendapat kecelakaan. Setelah merempuh kedua-duanya, bloza itu telah berkurang momentumnya jadi ketika menuju ke rumah jiran ia makin perlahan sebelum merempuh pagar dan tempok rumah.


                  Kedua-dua pemandu dan kelindan bloza telah menghilangkan diri setelah kejadian berlaku. Tiada kehilangan jiwa dilaporkan namun hilang akal dikhuatiri berlaku oleh pemilik rumah setelah melihat rumahnya sedemikian rupa diperlakukan oleh orang yang tidak dikenali.

Labels: , , ,

Tuesday, February 14, 2012

Bagus juga berpandangan negatif...

Selalu-selalu kita apabila berjumpa buat kali pertama dengan seseorang yang tidak dikenali, yang mungkin dikenalkan oleh kawan, yang mungkin terjumpa secara tak sengaja atau mungkin ditakdirkan berjumpa secara tak langsung, akan cuba yang terbaik untuk melihat sebuah individu terbabit dalam sudut positif, bukan?

Aku kadang-kadang tak. Aku suka melihat sikap negatif seseorang daripada kepositifan yang ada pada dirinya ketika pertama kali berjumpa. Kenapa begitu?  Sebab orang kool (ke?) macam aku tak mahu pening kepala dengan sikap negatif yang akan (mungkin) ditonjolkan pada masa akan datang oleh orang ini.

Aku akui aku suka mencipta data (mungkin abstrak) sebanyak mungkin pada pertemuan pertama. Senang la nanti aku analysis dan judge serta interprate diri orang terbabit.

Setidak-tidaknya aku akan boleh terima kalau satu hari nanti cerita buruk pasalnya tersebar (kalau ada).






Ini cara aku menilai orang buat pertama kali, bagaimana cara kamu?

ini 2012, ini kiamat!!

2012 tu kiamat...
Kata satu babak dalam muvie..
Malam tu aku dah cuak mendengar perkataan kiamat.
Apa bala nak kiamat tetengah malam yang aku belum puas nikmati lagi ni.
Fb, tagged,frenster pun tak sempat update sume (macam pernah ambik kisah nak update sebelum ni)....
Heish, leceh-leceh....

Dan terpengaruh dengan muvie tersebut....
Aku dah tefikir nak kumpul-kumpul barang yang patut !!
Destiny tak payah fikir, tahu larh nanti lepas tengok orang ramai bergila main kejar-kejar berlari ke arah mana dorang mahu..


Tapi.....












Pelan-pelan aku baring semula....
Penat jugek main lari-lari...
Kalau betul kiamat tiba...
Sebabnya.......
Kat mana-mana tempat pun tak selamat bila dah kiamat....
Satu selamat je yang aku tahu, iaitu.....

















SELAMAT TINGGAL DUNIA




kah kah kah




Pebenda ntah layan cerita mengarut malam tu, otak tak berkembang langsung.

Friday, February 10, 2012

Raut wajahnya jelas tak se'grunge' Kurt Cobain. Rambutnya juga begitu. Tidak mempunyai ciri-ciri rambut tidak terurus yang homeless. Nama pun mak cik. Namun yang pasti muka penatnya ada larh sikit iras-iras arwahnya. Jadi aku tak patut gambarkan wajah mak cik ni punya pergi adalah seiras Syarifah Aini. Oo bukan, sebenarnya lebih mirip kepada ini.























Amacam? Haru tak kali ni?

Lama betul...

Lama betul.....
Ada masa yang sesuai baru boleh buat yang baru....
Kalau ada masa larh... aku tulis panjang-panjang bagi hilang balik rasa jemu. dan asah balik taktik yang dah berkarat.
Kalau...
Senang nak guna "kalau" untuk menipu ni adik-adik.
Sebab dia tak ada yes atau no kat definisi dia.
kah kah kah