Sunday, October 30, 2011

MODREAD - PENDRAMA (radio edit)



Lirik Pendrama - Modread

Sudah-sudahlah kau menipu aku
Bagaikan terbit mentari pagi hari berganti
Malam engkau kiri siang engkau kekanan
Tipu helahmu itu aku sudah mengerti

Yang hilang engkau katakan terlupa perhatian
Yang ada engkau katakan terlupa peringatan
Mukamu tak semenggah indah khabar dari rupa
Rupanya engkaulah penyimpan rahsia terbesar

Terangkanlah hatiku yang suram
Dan satu jalan ku takkan menghilang

Perangi aku dengan helahmu hingga tewas
Sehingga engkau tersentap menanggung sedihku yang teramat
Belum puas kau menyakitiku dia datang
Dengan harapan bersamaNya ku akan ke syurgaNya
Tinggalkanmu di situ

[Lirik lagu Pendrama on http://lirikami.blogspot.com/ ]

Depan aku kau cerita bukan macam pengarah
Belakang aku kau tipu tanpa sedikit rasa salah
Apa akalmu itu sudah hilang skrew
Bikin cerita hingga jadikanku keliru

Myspace Modread : http://www.myspace.com/modreadbingit

Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2009/07/lirik-pendrama-modread.html#ixzz1cGB8mrAs


P/S Aku dah serik dengan pendrama.... Tidak kira dia kawan, bekas kawan, bekas pekerja, tokey kedai sebelah yang cekik darah, ataupun mak cik sendiri. Mereka mendrama demi kepentingan sendiri. Ia amat menyakitkan tahu. Apatah lagi bila kamu adalah individu yang paling prime yang dituju.

Thursday, October 27, 2011

Coffee Room for Tea: Kenapa naik KTM komuter pada waktu kemuncak? Part I

Coffee Room for Tea: Kenapa naik KTM komuter pada waktu kemuncak? Part I

Poof!! Ape ni....??? Same je tajuk macam yang lepas. Bodoh ke ape? Sial ke macamane???



Diam sedikit. Bolehkah, kalian?? Sabar...... Sulit sangatkah untuk bersabar? (Angry face)


Baiklah. Tak mahu bertaip panjang kali ini. Sila hadapi, sila fahami, sila konklusi!






************************************************************************************

Tahu bila tarikh final Piala Malaysia? Tak tahu? 29 Oktober ini dan apabila dah tahu silalah gegarkan Stadium Shah Alam beramai-ramai!!







Final ini melibatkan skuad Terengganu menentang Negeri Sembilan.






Tahukah anda harga tiket untuk setiap tempat duduk? Nilainya adalah seperti gambar ini










Namun dikatakan harga tiket terlalu mahal oleh rakyat seluruh Malaysia. Maka terdapat tindakan yang seperti ini pun berlaku..













Hahahahahaha........

FAM bangsat!! FAM dituduh bangsat setelah harga tiket naik melampau. Selalu-selalu rm20 sahaja. Ini membebankan tidak lain adalah penyokong. Dalam edisi kali ini, lebih kepada penyokong Terengganu. Kenapa? Ia sebab jarak. Tiket bas, tol, minyak, penginapan, kad tambah nilai, servis kenderaan(jenis bawak skyline kira larh macamane) dan beberapa lagi kos tersembunyi. Anda setuju dengan nilai yang ditawarkan FAM untuk menonton bola final piala malaysia 2011 secara live? Duit anda dan anda yang tentukan...... :)

Labels: , ,

Wednesday, October 26, 2011

Kenapa naik KTM komuter pada waktu kemuncak? Part II

*************************************************************************************

Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap!

Sayup-sayup kedengaran komuter yang meluncur laju dan akan menyinggah di stesen KL Sentral ini.







Komuter berhenti. Orang ramai mula berjalan menuju ke arah pintunya dan setia seperti anjing <----(kurang ajar) kucing menunggu pintu di buka. Pintu pun terbuka beberapa saat kemudian. Adat bagi rakyat satu Malaysia untuk berebut-rebut masuk kerana takut tak dapat tempat duduk dan berdiri.

Heish!! Apebenda punya gambar ni........ Kalian jangan hirau sangat bleh?




Namun satu suara keras dari dalam menjerit "Hoi! Keluar dulu! Keluar dulu!" telah membantutkan niat semua yang mahu masuk.





Setelah selesai penumpang keluar, berpusu-pusu penumpang yang menunggu lama tadi masuk ke dalam. Tolak menolak, tackle keras, sepak kaki sendiri, sliding lawa, dan beberapa kad kuning menghiasi petang itu.



Elok sahaja kaki melangkah laju tiba-tiba ada satu brader cina kecoh menyatakan hensetnya hilang dari dalam poket seluar jeans depan! Bukan satu tapi dua helai biji......


Sebijik HTC Desire, sebijik lagi aku lupa ape jenamanya. Mungkin rupanya seperti gambar yang dibawah ini............
















Satu mamat indon yang berada di belakangnya menjadi pesalah tanpa bukti. Dalam kekecohan tersebut yang malas untuk aku mengulas panjang berhenti seketika apabila polis datang menyurai keadaan. Namun henset dan pesalah yang sebenar tidak juga jumpa. Orang dah malas nak ambil tahu sangat. Semua fikir nak balik rumah dengan selamat.

Aku dari awal telah syak mamat indon punya kerja. Aku tak racist bila membuat taakulan. Mari baca taakulan aku ni.





Mula-mula mamat indon sampai dia tak beratur di garisan kuning tapi bersandar di tepi eskelator. Gaya menunggu kawan pun ada. Bila train datang dia macam acuh tak acuh ke pintu train. Ikut logik kita mesti nak berebut-rebut ke pintu dengan harapan dapat masuk dahulu bukan.? Tak mungkin dia terpengaruh dengan orang Jepun yang akan beratur bagi orang masuk dahulu dalam hal macam ni. Gila buruk muka dia nak sopan macam Jepun!

Jauh la pulak dorang beratur.... Jap bagi tunjuk gambar dekat.








Amacam jelas tak?




Dia dah aim cina tu, jadi tak perlu tergesa-gesa masuk. Setelah penumpang keluar train, orang akan berasak masuk. Saat itu dia menyelit menerobos poket mangsa menggunakan kepakaran sepasang tangan mencopet henset.





Selaju naga bersin tindakan indon tadi disudahi dengan menyerahkan henset pada rakan sekerja yang sudah berada dalam train! Tak mungkin macam tu kan? Oh tidak. Ia boleh terjadi kawan-kawan. Begini.........


Rakan nya awal-awal berada dalam train. Mungkin naik dari bandaraya atau Kuala Lumpur. Setiba di KL Sentral dia akan memerhati rakannya mencopet dan akan mengambil habuan dari rakan yang fresh mencopet setelah berlaku isyarat antara kedua-duanya.


Yang mencopet akan bebas kerana tiada bukti dan yang menjadi rakan sekerja pencopet akan teruskan perjalanan ke stesen hadapan sebelum patah balik ke Bandaraya dan akan meneruskan perjalanan semula setelah mendapat arahan baru. Senang bukan?


P/S: Tolong larh berhati-hati ketika keluar berjalan menaiki kenderaan awam. Jaga poket anda. Jaga langkah anda. Pesanan ringkas ini dibawakan oleh Naman Geng 57. Sekian.

Labels: ,

Tuesday, October 25, 2011

Kenapa naik KTM komuter pada waktu kemuncak? Part I

Waktu lewat petang di hujung minggu adalah high-peak hour yang paling win ketika menunggu komuter. Nak nak kalau berada di stesen-stesen pertukaran seperti KL Sentral. Ataupun di stesen yang sudah-pasti-ramai-orang seperti Mid Valley. Kenapa ramai orang nak guna perkhidmatan ini pada waktu ini walau dah tahu ia akan sesak? Takde akal betul. Balik malam-malam sikit waktu orang dah kurang tak boleh?

Kadang-kadang bukan sebab tak boleh fikir yang menunggu komuter lewat petang itu jawapannya sesak. Akan tetapi kerana terpaksa maka menaikinya adalah satu pilihan yang mahu-tak-mahu harus naik pada waktu itu juga.

Alasan-alasan jelas daripada penumpang komuter antaranya ialah:


SATU. Stesen Komuter Dekat Dengan Rumah

"Lepas sudah habis urusan di suatu tempat, senang bagi gua untuk naik sahaja komuter kerana stesennya berdekatan dengan kawasan rumah. Jauhnya tak sampai sepelaung pun. Stesen bus jauh yang amat. Kerja gila kalau nak jalan kaki balik rumah pulak" -Karim (penganggur sambilan)


...............................................................................................


DUA. Lagi Cepat Daripada Bas

Siapa naik bas dia loser. Komuter dah cukup bagus. Ada aircond lagi. Cepat sampai bang.

Yeke? Kau selalu balik kampung naik ape?

Err... bas la bang.....

Ok. Kau pun loser.........

Aduh..hehehe.........
-Damnial (pelajar universiti tempatan)


................................................................................................



TIGA. Tak Suka Balik Malam

"Kalau balik malam mak marah. Kan bahaya berjalan malam-malam, lagi bahaya berbanding berjalan di siang hari. Saya tak ada masalah pun awak kalau balik awal. Lepas keluar hang out dengan kawan-kawan dah tak ada kerja nak dibuat sampai kena balik malam hari. Jadi terus pulang ke rumah lah." -Qurratul Syifa (anak emak sejati)


...............................................................................................


EMPAT. Peluang Mendapat Pulangan Tinggi

Pelik? Peluang Mendapat Pulangan Tinggi ape pulak ni kan. Ok kejap. Sebenarnya ini yang cuba aku nak highlightkan dalam taipan kali ini. (ade ke terma taipan untuk menaip? belasah sahaja ya kawan-kawan)


Shiapa pula yang terlibat dengan peluang dan pulangan ini? Dalam dunia ada saja pekerjaan yang jenis mengambil peluang ketika beroleh peluang tinggi yang akan memberi pulangan tinggi. Yang aku maksudkan disini adalah pencopet. Dalam bahasa INggeris adalah pickpocket. Got it?


Tak pernah aku fikir berlaku insiden seluk saku ketika di stesen komuter ketika aku nak balik rumah.

Lewat petang itu seperti biasa ramai orang menunggu ketibaan komuter pada waktu yang dijanjikan. Aku menjeling ke arah board masa yang tergantung.

"Lagi lima minit nak tiba. Dah boleh beratur kat line kuning ni." getus hati aku sambil kaki menuju ke arah crowd yang sudah lama beratur.

Beratur dulu tak semestinya dapat masuk dulu. Prinsip ini aku pegang setiap kali naik komuter.HAhahahaha......







*************************************************************************************

Pap! Pap! Pap! Pap!

Sayup-sayup kedengaran bunyi komuter meluncur laju dan akan menyinggah di stesen KL Sentral ini.


bersambung....................



P/S: Berdiri dalam train bukanlah perkara seronok untuk dihadapi melainkan bersama rakan-rakan.........hahahaha

P/S/S: Malas la pulak nak nyambung-nyambung cerita... (smiley face)

Labels: ,

Tuesday, October 18, 2011

My Chemical Romance - Helena (Video)




Pertama kali dengar terus menusuk ke jantung hati. Helena adalah Helena. Takkan sama dengan Zabedah, Hasnah, Aminah ataupun Maimun.

Barang peribadi pertama.....

Barang peribadi pertama......

Memiliki beberapa jenis barang peribadi pertama kadang-kadang memberi kesan pada hidup kita. Percaya tak? Atau sekurang-kurangnya ia adalah yang paling kita ingat.



Ada orang masih lagi simpan talipon tangan pertama@handphone yang dimiliki(phone pertama aku kena curi-RIP), kasut bola, kain tudung, kad atm, kad pengenalan, rantai basikal, piala-piala, kucing (mungkin gambar kucing sahaja kerana walaupun kucing ada sembilan nyawa....-hahaha- tapi jangka hayat kucing tak lama) dan sebagainya.



Ye larh, benda yang pertama dimiliki kan. Punya larh explore bagi mencari keseronokan yang ada pada barang tersebut. Yang kedua atau ketiga yang menjadi pengganti setelah yang pertama sudah tiada (mungkin telah rosak, expired, hilang dan sebagainya) sudah menjadi kurang sentimental valuenya.


Contoh aku, masa kecil-kecil dulu, masa sekolah rendah aku selalu ushar seorang cikgu perempuan paling cun yang pernah mengajar dalam kelas. Masa dia mengajar mata tak lepas pandang melihat cikgu cun itu. Walaubagaimanapun, prestasi aku kat subjek yang dia ajar tak pula naik mencanak walaupun aku sentiasa bersemangat semasa dia mengajar.





P/S: Owh. Kejjap...Cikgu bukan larh barang kan. Dan cikgu juga bukanlah jenis barang peribadi kan..?? demn my bad!!


P/S/S: Walaupun dia bukan barang tapi aku masih sentiasa ingat dia sebab dia adalah yang pertama untuk aku :)

Labels: ,

Rumput mana tak berwarna HIJAU

Mata dah nak terkatup rapat pada suatu malam bila tiba-tiba dapat panggilan talifon dari seorang brother. Jenis aku adalah orang yang suka tidur awal kalau tidak ada apa-apa aktiviti berat di malam hari.





Aku: Apa celup?(pengaruh movie Hantu Bonceng)

Bad: Saje talifon member nak tanya khabar. Amacam sihat?

Aku: Sihat je. Bila nak datang sini lagi?

Bad: Aku sibuk keje larh. Ada masa aku datang la sana. Wei aku baru pindah rumah sewa. Dak rumah lama ramai nak kua sebab dorang habis blaja. Jadi elok aku kua awal.

Aku : Oooo... bagus la kua awal. Ni yang ketiga kan? Amacam jadik tak angkat moto?

Bad: Bulan depan. Aku dah set beli lc. Model yang tak berapa nak baru. Bayar pukal terus. Lagi syok. Jauh dari riba....


bla bla bla bla bla...........................


*************************************************************************************



Dah lama tak sembang depan-depan. (Situasi tadi pun cakap talifon) Tahu-tahu dah banyak benda jadi pada dia.


Setiap detik dalam hidup ini akan terasa pantas setelah kita berjaya melalui banyak asam garam kehidupan dalam waktu yang singkat.



Pantasnya kehidupan akan lebih terasa setelah kita beralih dari satu titik ke titik yang lebih jauh lagi dari yang asal. Bahasa mudahnya up level.



Dan pada masa yang sama kita perlu menoleh ke belakang melihat kembali peristiwa yang berjaya diharungi untuk dijadikan teladan pada masa hadapan. Peristiwa yang tak jadi pula dijadikan sempadan.


Ada seorang kawan. Aku tengok hidup dia tak ikut flow yang sepatutnya mengikut kaca mata aku. Sebagai salah seorang kawan yang rapat dan tahu dengan kisah hidup dia, aku sentiasa mahu tengok satu hari nanti dia akan dapat balik hak-hak dia. Hak yang sepastinya milik dia.



Hak dia pada famili.

Hak dia membetulkan tanggapan orang pada dirinya.

Hak dia memeluk seorang ayah.

Hak dia mencium pipi seorang ibu.

Hak dia bersalaman dengan abang.

Hak dia melihat senyuman manis seorang kakak.

Hak dia bergurau senda dengan adik beradiknya.



P/S : Raya Haji dah dekat. Power jugak amik gambar kenangan masa hari raya.

Labels: , ,

Fall Out Boy - I Don't Care

Tuesday, October 11, 2011

Oh Bunga Part I

'Terima kasih. Saya jual ye kak,' kataku sambil melemparkan senyuman dan mengambil wang yang dihulurkan akak tersebut. Akak tu membalas, juga dengan senyuman. Nasib la dia balas senyum, kalo dia jelir lidah ke, tunjuk penumbuk ke, atau dibuatnya tak mahu bayar dan belah terus, memang haruslah aku keluarkan kata-kata nista padanya!!!


Hahaha, chillax la bro, ape kenama marah sangat ni........ Huish!! aku tak mungkin begitu.




Takkan hilang sikap kool aku begitu sahaja. Jadi kalau betul dia tak bayar (in case terlupa, alah manusia mudah lupa) aku akan guna pendekatan profesional, iaitu dengan berinteraksi semula dengannya.


Bagaimana? Caranya - Dalam 0.001 saat tarik nafas sedalam mungkin, hembus perlahan-lahan, berjalan laju ke arah akak tadi, dan apabila sampai depan dia aku cuit bahunya dan bercakap dengan suara lembut lagi tenang, 'Akak, maaf ya. Tadi akak dah pilih bunga kat booth saya tapi akak lupa bayar. Bunga kat tangan akak tu ha'. tuturku penuh ikhlas bertemankan seukir senyuman yang lebih kurang macam ni ------> :-)


P/S: Kadang-kadang bila kita buat baik ada juga individu balas kita dengan yang tak baik...... Jin memang macam tu.....

Wednesday, October 5, 2011

Minum di kedai kopi

Sepatutnya petang tu aku terus pulang ke rumah selepas bersiar-siar dengan satu kawan. Kung! Kung! Kung!.... Jerit handset kawan aku. Mesej masuk rupanya...


"Awek aku baru balik kerja. Dia ajak minum. Jom gi Kedai Kopi." pelawa Wan Faizul. Dia ralit membalas text aweknya, Wan Ummulhani tanpa terlebih dahulu mendengar pilihan jawapan 'ya' atau 'tidak' daripada aku. Tak nyempat jawab dah ada keputusan. Seronok aku berkawan dengannya..........



Setelah menjemput Wan Ummulhani di suatu tempat kami terus sahaja ke Kedai Kopi. Percaya tak nama kedainya memang Kedai Kopi? Only in Shah Alam folks!



Kedai Kopi ni selain namanya yang unik ia juga unik kerana harga food n beverage semuanya mahal.... Ok sori. Itu joke.(Bagi student macam aku, aku mengaku agak mahal)



Santapan kami petang itu adalah nasi goreng, mee basah, cappucino, abc, ice blended mocha dan juga nescafe 'o ais. Untuk mendapat feel minum teh kami lewat petang itu sila lihat gambarajah di bawah




Banyak ais wat rasa kurang belah. Ape ingat kitorang peminat ais ke?






Yang ini terbaik!! (Gaya Boboiboy)





Aku tak patut order air ni. Pahit macam ubat.





Air ini manis. Tapi Orangnya..?? lu pikir la sendiri.....

P/S: Aku dah lupa ada lagi seorang kawan yang menjoin high tea yang relax itu. Agak-agak sape? hakhak..

Labels:

Tuesday, October 4, 2011

Mouse berwarna merah

Mempunyai laptop tapi tak ada mouse ibarat menunggang motor yang tak idup lampunya pada waktu malam....... Bukan main tak seronok lagi bila hal ini berlaku.


Jadi selaras dengan itu aku ke Plaza Alam mencari sebuah mouse.(bukan seekor ye, walaupun mouse mempunyai ekor yang panjang untuk dicucuk pada usb portable) Seronok juga pakai mouse baru, tambahan pula ketika memasukkan entry baru. Seperti yang sedang aku taip sekarang. Tapi kalau korang tengah baca dia dah tak jadi sekarang larh kan.............


Features

Mouse Technology : optical technology
Connector/Port : USB
Key-press life : 3 million clicks
Resolution : 800 dpi



Tiba-tiba aku terperasan satu perkara yang ditulis seperti diatas di kotak bungkusan mouse tadi.


Perasan tak apa dia??

tak berapa nak perasan??




Tu haa...key-press life dia 3 million clicks.....

So what is annoying about it??

Ooo takde larh, aku da lupa berapa kali aku klik sejak pakai tadi...aku nak jaga lifespan mouse ni... Cukup 3 juta klik baru tukar yang lain.

Minyak hitam motor macam tu jugakkan?? :p

Labels: ,

Monday, October 3, 2011

Geng 57

Dekat setahun aku bersama geng 57. Sepanjang melalui rentasan masa setahun itu terdapat banyak cerita kehidupan yang aku rasai, yang terkadang tak ada di tempat selalu orang ramai datang, seperti seven-e, mcdonald, tasik shah alam, atau se high-class time square.


Berkawan baik dengan kawan sekelas, Fitri membolehkan aku menjoin rumah sewa 57. Bila sebut rumah sewa, khasnya bagi student, isi dalam rumah tersebut biasanya di kalangan teman kuliah semasa tahun pertama atau semasa zaman diploma dahulu yang menyambung degree di universiti sama.


Tapi uniknya geng 57 kerana majoriti penghuninya adalah sekampung!!!! budak-budak lipis..!!! Maka aku yang semasa kali pertama menjenguk geng57 dapat mengagak keakraban antara isi rumah tersebut.


Masa mula-mula duduk, agak mati kutu jugak larh sebab aku orang luar. Tapi masa mengubah itu.

Sebagai rumah yang dihuni student, tak sah kalau kami tak keluar malam main futsal. Ini adalah aktiviti yang mengeratkan tali silaturahim sesama insan. Lepas penat berfutsal, mamak adalah tempat yang paling strategik untuk melepaskan lelah.


Dan kalau kami keluar bermain futsal biasanya aku sentisa berada di satu posisi penting untuk pasukan.........















Kat luar gelanggang. Hahahahahahahaha...............




GIla aku tak pernah kot main futsal.

Labels: , ,

pSIKOLOGi

Psikologi adalah sains tingkah laku dan proses mental. Aku kenal seorang yang rendah mental function dalam diri dan kehidupan bersosialnya. Psikologi yang biasa di eksplorasi para pengkaji ialah persepsi, kognisi, perhatian, emosi, fenomenologi, motivasi, fungsi otak, personaliti, tingkah laku, dan hubungan interpersonal.


Sedangkan dalam diri cik itu aku tengok dah tak berapa nak balance dalam tingkah lakunya, emosi, personaliti, etc.......



***************************************************************************






Tapi kadang-kadang dia ada juga datang normalnya..... kadang-kadang larh.....



Tapi lagi bila datang angin bodoh dia, siapa nak sangka kan. Main maki-maki orang kira makanan dia latu........


Kira dia dah sampai tahap tali pinggang hitam kalo masuk silat............. atau






















Dalam erti kata lain,










dia retarded.

Labels: ,